• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Intelligence Quotients Test

06/12/2019

Saja nak share untuk mak bapak sekalian.

Intelligence Quotients Test atau Ujian IQ adalah ujian penilaian bagi menilai tahap kecerdasan mental individu.

3 minggu lepas, anak saya Khaleef lalui ujian tersebut di HUKM.  Ujian dibuat berdasarkan 3 kriteria kecerdasan iaitu Spatial, Fluid & Verbal.

1. Spatial Intelligence – Kemahiran menaakul ruang dan bentuk dalam 3 dimensi.
2. Fluid Intelligence – Kemahiran menyelesaikan masalah baru dalam masa sebenar (real time).
3. Verbal Intelligence – Kemahiran menyelesaikan masalah dalam language based seperti menulis, bertutur, berfikir.

Korang kena Google pasal ni, panjang nak cerita.

So setiap ujian ni ada skor dia masing-masing.  Selepas dipuratakan maka akan dapat skor akhir.

Korang boleh tanyakan di klinik kesihatan masing-masing atau ke hospital yang berdekatan.  Saya buat di Bahagian Psikiatri Kanak-Kanak HUKM, korang boleh call terus unit tersebut.

Atau boleh buat macam-macam test yang ada online atau paling bagus cuba refer kat Mensa.my.

Okeh, untuk anak saya Khaleef ni, skor final dia 120.

Carta skor untuk kanak-kanak:

130 and above Extremely High
120–129 Very High
110–119 High Average
90–109 Average
80–89 Low Average
70–79 Very Low
69 and below Extremely Low

Purata IQ kanak-kanak biasa ialah di antara 90-109 dan Khaleef lebih sikit iaitu 120.  Jadi, adakah dengan mendapat skor 120 tu tandanya dia seorang yang hebat?

Bagi saya, tidak.

Dia hanya lebih sedikit dari biasa dan bukannya luar biasa.  Dia ni seolah budak 5 tahun tetapi kecerdasan dia tu macam umur 7 atau 8 tahun.

Walaupun dia pandai melukis, kuat daya ingatan dan mahir dalam matematik, tidak bermakna dia dah boleh buat roket atau selesaikan algebra ataupun coding untuk sistem.

Namun keputusan ujian ini telah membantu saya merungkai beberapa isu tentang dia dan sedikit sebanyak menjawab persoalan saya kenapa dia begitu.

Kenapa dia kurang sangat berkawan dengan rakan sebaya atau rakan kelas.  Dia lebih suka bergaul dengan orang lebih dewasa dia suka berkawan dan rapat dengan orang yang 2-3 tahun lebih tua dari dia.

Ini kerana kecerdasan dia sedikit “advance”.  Bukan terlebih bijak tetapi terkehadapan sedikit.

Sebab itu dia kurang beri tumpuan bila belajar di kelas.  Banyak bermain dan tak ikut arahan sebab dia tak suka dengan benda yang dia dah tahu.  Dia selalu marah bila saya beritahu dia benda-benda yang dia dah tahu.

Dia lebih gemar melihat “rocket launching procedure” atau melihat dan belajar mengenai monumen dunia.  Dia lebih suka bermain Roblox atau Minecraft berbanding tengok kartun.

Jadi, ujian IQ ini sedikit sebanyak membantu saya mengenali anak sulung saya ini dengan lebih baik lagi dan dapat saya buat keputusan yang tepat masa depan dia.

Namun, Khaleef ada kekurangan di bahagian Emotional Quotients atau EQ.  This is where my concern is and autism come into picture.  Saya akan ulas pasal HFA (High Functioning Autism) di post yang lain.

Bagi saya EQ adalah jauh lebih penting di mana ia membantu seseorang itu untuk hidup lebih baik di kalangan ahli masyarakat.

Keduanya perlu seiring bagi membentuk seorang insan yang hebat.  Umum mengetahui yang individu yang hebat IQ sahaja ni ramai yang hidupnya bersendirian dan terasing.

Begitulah.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy

Nota: Tulisan adalah berdasarkan kefahaman saya.  Jika ada yang salah mohon tegur. Terima kasih.

Share

Blog  / Health  / Knowledge  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved