• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Baby Bungee Jumping

23/03/2018

Bukan main lagi kau kecam lelaki yang bawa anaknya terjun bungee atau ropeswing tu.  Sungguh tak bertanggungjawab kata kau.  Nak bunuh anak ke, kecam kau lagi.

Tapi kau bawa anak naik motor tak pakai helmet tu bertanggungjawablah yer?  Bawak anak naik kereta tapi tak ikat seatbelt atau tak letak dalam car seat tu bertanggungjawablah yer?

Kau tak tahu ke yang lebih ramai kanak-kanak dan orang tua yang mati tercampak di atas jalanraya setiap tahun akibat tak pakai seatbelt atau diletakkan di atas carseat yang sesuai?

Sekurang-kurangnya lelaki tu dah usaha sebaiknya sebelum bawa anak dia terjun.  Dah diselia oleh petugas aktiviti tersebut dan diyakini selamat sebelum dibenarkan membuat penerjunan.

Saya sama sekali tidak menyokong aktiviti bawa anak terjun bungee ni.  Saya turut berasa kesal dan marah namun lebih terkilan dengan sikap orang kita.

Salah orang lain bukan main dia nampak.  Salah sendiri yang dia buat setiap hari tak pernah dia ambik pusing.  Apabila terjadi kecelakaan maka dia pun petiklah “dah sampai ajal” “dah ketentuan Allah” dan sebagainya.

Padahal sama sahaja kes dia dengan lelaki tadi.  Kedua-duanya meletakkan nyawa anak di dalam bahaya.  Bezanya lelaki tu dah ikut prosedur keselamatan sukan tersebut.

Namun kau pula tak berikhtiar pun nak ikat seatbelt anak atau belikan carseat supaya anak lebih selesa dan selamat.  Dah ler tu, kau bawak anak bini lepas tu kau langgar pulak lampu merah.

Jadi baik dan bertanggungjawabkah kau berbanding lelaki yang kau kecam tu?

Noktah.

Share

Blog  / Complaints  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved