Dedikasi, Jasa & Pengorbanan.
.
Pada tahun 2013, dua orang guru muda tiba di di Kampung Long Pillah, di pedalaman Baram. Kampung yang majoriti penduduknya berketurunan Kayan ini terletak kira-kira 3 jam perjalanan atau lebih melalui jalan balak dengan kenderaan pacuan 4 roda dari bandar Miri.
.
Mereka berdua begitu bersemangat mahu membawa nama Baram terutamanya anak-anak dari SK Long Pillah ini ke mata dunia.
.
Cikgu Syukri Malek tiba lebih awal dan di tempatkan di SK Long Pillah, kemudian disusuli pula Cikgu Anthony anak Abas yang berpindah dari SK Abang Man, Simunjan ke sekolah yang sama.
.
Cikgu Syukri mencurahkan segala pengalamannya selama beliau bergiat aktif dalam bidang tarian di bantu oleh Cikgu Anthony serta sokongan moral daripada guru-guru serta penduduk kampung, mendidik beberapa orang murid yang dilihat berpotensi untuk dikembangkan bakatnya.
.
Mereka berdua bekerja keras selama berbulan-bulan siang dan malam bagi menghasilkan pakaian atau kostum khas untuk kumpulan tarian yang diberi nama Ritma Tari.
.
Lebih daripada RM15,000.00, iaitu wang mereka sendiri digunakan untuk menyiapkan beberapa set kostum tersebut termasuk membeli kelengkapan alat solek.
.
Kostum tersebut semuanya dijahit sendiri oleh mereka berdua. Begitu tinggi sekali pengorbanan mereka demi merealisasikan impian membawa anak – anak pedalaman ini ke peringkat yang lebih tinggi.
.
Hasilnya, kumpulan Ritma Tari di bawah pimpinan Cikgu Syukri Malek dan Cikgu Anthony anak Abas telah merangkul beberapa kejuaraan selama 6 tahun berturut – turut di peringkat Zon dan Daerah.
.
Pada tahun 2016 kumpulan Ritma Tari telah menjadi Johan Keseluruhan Anugerah Penari Lelaki Terbaik peringkat Bahagian. Dua orang murid SK Long Pillah yang juga anggota Ritma Tari telah berjaya melanjutkan pelajaran di Sekolah Seni, Kuching.
.
Terkini, kumpulan Ritma Tari telah dijemput menyertai pertandingan sempena International Borneo Festival yang akan diadakan pada 25 dan 26 Jun ini di Suria KLCC. Mereka akan mempersembahkan tarian etnik masyarakat Sarawak.
.
Adalah besar harapan kumpulan ini bagi mana-mana orang perseorangan, syarikat atau sesiapa sahaja, dapat memberikan sumbangan atau dana untuk membawa kumpulan ini bertanding pada peringkat yang lebih tinggi.
.
Kos perbelanjaan yang diperlukan adalah sebanyak RM9,000.00 untuk tiket, penginapan dan makan minum para pelajar dan pengiring. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank (156114144140), Mohd Syukri bin Malek atau telefon beliau di talian 0136022917.
.
Jadi besarlah harapan mereka agar kita semua dapat membantu membawa anak-anak ini ke Kuala Lumpur. Ini akan memberi peluang kepada mereka untuk mengharumkan nama sekolah dan kampung halaman serta membanggakan guru-guru yang berkorban untuk melihat kejayaan mereka.
.
Semoga Allah membalas jasa rakan-rakan semua.
.
Mohon share dan panjangkan kisah ini.







Leave A Reply