• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Traffic Light Bangkok

14/03/2018

Kau rasa-rasalah kan, apa akan berlaku jika traffic light merah lebih dari 5 minit?

Kalau merah 2 minit pun ramai mat motor mencelah langgar bila line clear.  Mat kereta pun sama, ada chance terus langgar sahaja.

Kalau lah merah tu lebih 5 minit, kucar kacir jugak jadinya.

Tapi tidak di Bangkok.

Diorang kool habis habaq hang.

Ada ke dia boleh rilek tercongok kat lampu merah tu.  Lama tau, bukan 5 minit tapi 10 minit.  Ada trafik light yang lampu merah dia lebih dari 10 minit ketika waktu puncak.

Kawan opis saya cakap, jarak rumah dia ke pejabat cuma dalam 18km, tapi masa perjalanan dia hampir 2 jam.  Mana taknya, dia tak langgar lampu merah, maka memang lama lah.

Mengikut cerita orang Bangkok lagi, ada trafik light yang lampu merah dia lebih dari 20 minit dan setengah jam pun ada.  Haaa ambik kau.

Berjanggut ooiii.  Boleh pergi shopping barang dapur dulu dan balik ke kereta lampu masih merah lagi.  Namun diorang ni jenis yang tak marah-marah, mengamuk atau hon bagai.

Depa masih boleh rilek dan bertolak ansur, baik yang nak mencilok mahupun yang kena cilok.  Baik yang nak ke kiri mahupun yang nak ke kanan.

Satu lagi depa ni jenis suka berhenti tepi jalan.  Tak kiralah di jalan utama ke, tengah sesak ke, atau akan halang atau tutup satu lorong ke, diorang berhenti jer.

Bila berhenti dia bagi signal atau emergency lights terus dia keluar dan pergilah buat urusan dia.  Kereta lain tak hon-hon dan marah pulak tu, diorang cuma tukar lorong dan terus drive.  Jalan 2 lorong tadi dah tinggal 1 lorong jer.

Kagum jugak dengan diorang ni.

Kau kalau nak memandu di Bangkok ni mental kena kuat.  Kalau kau jenis tunggu lampu merah 2 minit, tapi belum hijau lagi kau dah belasah langgar bila line clear, tak payahlah berhajat nak drive kat sini.

#ceritabangkok
#khairulabdullah

Share

Blog  / Lifestyle  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved