• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Orang Hilang

21/02/2018

Bagaimanakah perasaan seorang isteri yang sedang mengandung tiba-tiba kehilangan suami.  Bukannya meninggal, bukannya bercerai namun hilang tanpa khabar berita.

Seorang suami yang baik, rakan sekerja yang disayangi tiba-tiba lesap begitu sahaja.  Keretanya dijumpai tersadai di tepi jalan di Jenderam setelah hampir seminggu.

Namun bayang pemiliknya Azmee Bin Elias, 36 tahun tidak langsung kelihatan.

Kali terakhir Azmee dilihat adalah pada 12hb Februari yang lalu di tempat beliau bekerja iaitu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dengan berpakaian pejabat baju gelap dan seluar kelabu.

Azmee mempunyai saiz badan atlit dan berketinggian sederhana dengan kulit sawo matang dan berkaca mata seperti di dalam gambar.

Sehingga kini, masih belum ada petanda dimanakah keberadaan saudara kita yang hilang ini.  Isteri dan anak-anak di rumah pastinya tidak tidur lena mengenangkan si ayah.

Mohon jasa baik kalian semua agar membantu menyalurkan maklumat jika ada atau sama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau.

Jadi marilah kita menyebarkan mesej ini agar dapat sama-sama membantu mencari Azmee dan mengembalikan beliau ke pangkuan isteri dan anak-anaknya secepat mungkin.

Hubungi ahli keluarga beliau di talian 0 11-1880 8438 – (Azizi) atau hubungi terus balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat seperti yang tertera di dalam poster.

##RALAT
Isteri saudara Azmee sebenarnya telah melahirkan anak 6 bulan yang lepas.  Beliau bukan sedang mengandung .  Harap maaf.

#pray4azmee
#pray4miedark
#kitaTolongKitaDapat
#LJdP

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved