Ini ialah hari pertama saya di dalam pejabat yang semuanya orang asing. Boss berbangsa Jepun, staff pula ada Jepun dan Thai dan saya seorang Melayu sesat.
Mesyuarat pagi diadakan secara berdiri dalam bulatan. Boss bercakap Inggeris dengan pelat Jepun pekat, semua staff termasuk saya berkerut dahi cuba memahami butir katanya.
Bila tiba giliran staff Thai bercakap Inggeris dengan pelat Thai pekat, semua staff dan boss Jepun pula berkerut dahi cuba menangkap dan memahami butirannya.
Saya pula bila semua mereka bercakap saya tetap kena berkerut dahi untuk memahami keduanya.
Harap-harap lepas ni saya fasihlah bercakap Jepun dan Siam sekaligus.
Blog
/
Experience
/
Peoples
/
Places







Leave A Reply