“Hang ni tak percaya kat matahari ka apa?” tanya Sepol pada saya.
“Awat pulak?” tanya saya balik.
“Yang hang dok pasang lampu siang-siang ni pasai apa? Hang takut matahari blackout ka?” tanya beliau lagi.
Saya tak boleh nak jawab, rasa macam nak boh pelempang kat kawan sorang ni.
Kawan saya ni jenis aku nampak jer jalan tu, kenapa nak pasang lampu. Bagi beliau, lampu hanyalah untuk menerangi jalan. Kalau jalan dah nampak maka tak perlu pasang lampu. Jimat bateri katanya.
Walhal, memasang lampu itu juga adalah bagi memudahkan kenderaan lain untuk lihat kenderaan kita. Bila nampak maka senang pemandu lain buat judgement ketika memandu.
Kawan-kawan, pasang lampu siang hari ketika memandu, ditambah lagi di dalam cuaca “winter” seperti sekarang ni sangat penting.
Suasana persekitaran adalah malap. Langit mendung kelabu, suasana kelam dan sejuk. Jarak pandangan semakin kurang dan agak terbatas.
Dengan kurangnya pencahayaan akibat matahari yang terlindung maka objek-objek berwarna gelap akan mudah lesap (blend) dengan persekitarannya.
Ketika memandu, kita mudah untuk tidak perasaan kehadiran kenderaan berwarna gelap kerana ia dah blend dengan background.
Jadi sebagai pemandu, kita yang sering tengok kiri kanan berulang kali ketika nak membelok, nak masuk simpang, nak keluar simpang dan sebagainya masih akan terlepas pandang kenderaan sebegini.
Namun jika lampu kenderaan dipasang, sinaran dari lampu akan alert kita dan pemandu lain tentang kehadiran dan keberadaannya.
Janganlah pasang lampu hanya untuk menerangi jalan semata-mata. Ia juga adalah untuk menampakkan lagi kenderaan kita tu pada pengguna jalanraya yang lain agar semua alert yang kita tu wujud.
Sebab tu juga kenderaan moden sekarang dilengkapi dengan DRL (Daytime Running Light) agar kenderaan mudah dilihat ketika cuaca suram ataupun cuaca terlalu cerah.
Jangan jadi macam Sepol.
Oleh itu, saya menyeru semua pembaca agar memasang lampu ketika memandu walaupun di siang hari terutama di dalam cuaca sekarang ni.
Memang matahari tidak akan blackout seperti yang dikatakan oleh si Sepol tu, namun jika terlibat dalam kemalangan, mungkin kita yang akan “blackout”.
Pasanglah lampu dan jangan main telefon ketika memandu.
Bak kata Puan Norlela Abu Bakar, pasang lampu tu bukan sebab untuk mata kita tapi untuk mata orang lain.







Leave A Reply