• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Bincang Baik-Baik

12/01/2018

“Alamak!  Brek bai, brek” jerit saya dalam hati sambil memerhatikan kereta yang laju menghampiri dari cermin pandang belakang.

“Boom!!” bunyi kuat kereta saya dilanggar.

“Allahuakbar” itu sahaja perkataan yang mampu keluar dari mulut saya.

Langsung beri isyarat lampu kecemasan dan alihkan kereta saya dari lorong paling kanan ke lorong kecemasan diikuti oleh kereta yang melanggar saya.

Saya keluar melihat keadaan belakang kereta.  Tidaklah seteruk mana walaupun bunyi hentaman yang agak kuat.  Hanya sedikit kemek dan calar.

Namun bila dilihat kembali ada bahagian dalaman bumper yang bengkok kena pada tayar belakang.

Seketika kemudian, keluar seorang lelaki dari kereta yang pecah dan kemek di bahagian hadapan.

“Minta maaf banyak-banyak bang.  Saya dah brek, tapi meluncur laju juga.  Tak lekat bang” ujar beliau bersungguh.

“Takpe, benda kecik” jawab saya.

“Asalkan kita dua selamat, kira ok lah” tambah saya lagi.

Kemudian kami pun berbincang cara penyelesaiannya.  Katanya ini kali pertama dia terlibat dalam kemalangan.  Tak tau nak buat apa.

Saya pun menerangkan pilihan yang ada dan kami bersetuju untuk melaporkan kemalangan di balai polis bagi tujuan tuntutan insurans.

Masa hampir sehari dihabiskan semalam untuk menyelesaikan segalanya.

Alhamdulillah selesai.  Allah permudahkan segalanya.

Pesan saya, kalau kemalangan kecil, terguris bumper, terpatah nombor plet, tercalar manja, usahlah keluar kereta saling salah-menyalahkan dan saling memaki hamun.

Bersabar dan bertenang.  Paling baik kalau dapat tambahkan senyuman.  Kemudian bincang baik-baik cara menyelesaikannya.

Memang akan merugikan masa kita dan menganggu kerja kita.  Namun itu semua dugaan yang diberikan kepada kita.  Pasti ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku.

Sentiasa mempermudahkan kerja, urusan atau kesusahan orang dan nescaya Allah akan mempermudahkan urusan dan kesusahan kita.

Percayalah.

#pesanpagijumaat
#bendabolehbincang

Share

Blog  / Cars  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved