• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Hero Tak Didendang

21/10/2017

“Daddy..sakit” “Daddy…sakit” rengek si kecil Khaleel ketika antibiotik mula meresap masuk ke dalam urat saraf melalui lingkaran tiub dan botol drip yang disambung ke tangannya.

“Nak bagitau pada encik, antibiotik ni sakit bila masuk pakai drip.  Orang tua pun tak tahan pedihnya” terang seorang nurse pada saya.

Namun demi untuk melihat anak segera sembuh saya mengiyakan.  Namun bila mendengar rengekan dan rintihan si kecil, hati bapa seakan hancur.

Sejak Ahad sehingga Khamis lepas, isteri dan dua orang anak saya Khaleef dan Khaleel dimasukkan ke wad akibat jangkitan kuman.  Jadi bertungkus-lumuslah saya menjaga 3 orang permata hati saya sekaligus di dalam hospital.

Namun tanpa wira-wira yang tidak didendang, tugas saya pasti amat sukar.  Para jururawat yang bertugas siang dan malam dengan penuh dedikasi membuatkannya menjadi jauh lebih mudah.

“Nurse, tolong ambilkan bantal boleh?”

“Nurse, tolong tanggalkan dulu drip ni boleh?”

“Nurse, tolong tengokkan diorang sekejap boleh?”

“Boleh…” jawab nurse dengan senyuman terhadap semua permintaan saya.

Begitulah.

Oleh itu, saya, isteri dan anak-anak dengan rasa penuh hormat, ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada jururawat, nurse, misi atau apa saja panggilan yang kita gunakan kerana bersengkang mata menjaga pesakit dengan penuh dedikasi.

Kata seorang rakan, antara orang yang paling sabar di dunia ini ialah mereka yang bekerja sebagai jururawat.  Tahap kesabaran mereka adalah antara yang paling tinggi.

Bersusah payah merawat dan menjaga orang yang tidak dikenali, apatah lagi orang sakit yang bermacam kerenah dan peelnya adalah bukan sesuatu yang mudah.  Tanpa kesabaran pasti ianya tidak dapat dilakukan.

Saya berpeluang melihat jururawat di beberapa negara di dunia ini bekerja, mungkin ada sedikit perbezaan namun persamaannya, mereka adalah orang-orang yang sangat penyabar.

Bercakap dengan suara yang rendah dengan intonasi yang lembut apabila merawat pesakit.  Sentiasa senyum dan akan memberi bantuan terhadap apa sahaja pertolongan yang diminta.

Berhari-hari di hospital melihat para nurse merawat pesakit membuatkan saya kagum dan hormat kepada mereka.

Saya ingin menyeru kepada semua pembaca, hormatlah kepada semua jururawat.  Mungkin ada di antara mereka secara peribadinya agak keras atau kasar, namun sebaliknya mereka adalah individu yang penyabar dan sangat penyayang.

Jika anda punyai isteri, adik, kakak, kawan, sahabat dan sesiapa sahaja yang anda kenal bekerja sebagai jururawat, gandakan hormat anda kepada mereka.

Kepada semua jururawat, teruskan bekerja dengan penuh dedikasi.  Berbanggalah dengan kerja mulia anda dan saya doakan semoga ganjaran syurga menanti anda semua.

Aminn Ya Robbal Al Amin.

#hormatijururawat

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved