Meja bersepah dengan sisa makanan. Belum dicampur dengan bekas tumpahan air dan juga minyak dari kari dan lauk pauk. Itu di atas meja.
Di bawah meja pun sama juga. Segala sisa ada, dari tulang ayam hinggalah butiran-butiran nasi dan juga gumpalan tisu. Sudu plastik, pembalut gula-gula dan kulit telur pun ada juga.
Itulah yang saya lihat siang tadi di sebuah majlis kenduri kahwin.
Namun, itulah yang biasa kita lihat di majlis kenduri di mana sahaja di Malaysia ni. Semua sisa tadi tu tidaklah terbang atau jatuh sendiri di atas atau di bawah meja melainkan manusia yang menjadi penyebabnya.
Di mana sifat tertib di dalam menjamah hidangan dan sifat mementingkan kebersihan orang kita ni? Makan macam orang tak jumpa nasi 3 bulan. Patutlah ada orang luar kata yang kita ni makan macam haiwan. Bersepah!
Mana tak bersepahnya, sekali dikaut nasi bertimbun, ditambah dengan lauk pauk dan sebagainya maka sarat dan penuhlah pinggan tu. Jadi bila nak disuap, dikuis sedikit sahaja pasti ada yang tertumpah keluar.
Dah, tak dipedulikan sisa yang tumpah tu. Susahkah nak kutip balik butir-butir nasi yang jatuh tu? Ke memang suka tengok nasi tu bergelimpangan?
Alah, orang katering tu kan ada, nanti diorang kemaslah. Buat apa bayar diorang mahal-mahal kalau kita nak kena kemas meja sendiri. Kan? Kan? Kan?
Itu belum cerita tentang orang yang suka buat majlis tu macam rumah dia. Duduk di meja sampai tak bagi peluang kat orang lain langsung. Dari jamuan bermula hingga pengantin sampai hinggalah pengantin dah bukak songkok, dia masih “conquer” meja yang sama.
Orang lain sila makan berdiri.
Hmmm…Entahlah, I dont know.







Leave A Reply