• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Lamanya….maafkanlah saya

15/06/2011
Sudah lama rasanya saya tidak menulis sesuatu di sini. Artikel terakhir saya adalah pada 10 hari yang lalu.
Kenapa ya?
Bukannya kerana tiada idea atau cerita yang ingin dikongsi tetapi sebab terlalu sibuk dengan kerja dan hal peribadi, jadi idea atau cerita tersebut terpaksa dilupakan buat seketika. Apabila dilupakan seketika, cerita tersebut menjadi masam dan hampir basi..maka nak menulis pun tidak bersemangat. Kepada pembaca tetap blog saya, maafkanlah saya ye.
Namun..
Pagi tadi saya membelek bil utiliti pejabat saya dan salah satu yang menarik perhatian saya adalah bil perkhidmatan internet UniFi. Pakej yang saya gunakan di pejabat adalah berharga RM199 sebulan untuk kelajuan 5mbps. Bil pertama yang saya terima berjumlah RM265.35 dan tidak dinyatakan pula yang caj selebihnya itu untuk pemasangan atau lain-lain. Setahu saya pemasangan adalah percuma.
Jadi,..
Saya menelefon UniFi di talian diberikan di belakang bil. Panggilan pertama saya dijawab dalam masa 2 minit 18 saat. Menurut pegawai tersebut, saya tersalah menelefon nombor dan meminta saya mendail nombor lain untuk bertanyakan pasal bil.
Lalu..
Saya menelefon nombor yang diberikan. Selepas 4 minit dan 25 saat, panggilan saya masih belum berjawab. Hanya mendengar pesanan suara yang mengatakan “Panggilan anda sangat penting buat kami, sila tunggu..bla bla bla..”. Saya letak.
Dan…
Saya telefon lagi nombor yang sama. Selepas 6 minit 42 saat..panggilan saya di jawab. Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ialah ” Lamanyaaaa…”. Pegawai yang menjawab panggilan memohon maaf kepada saya..katanya beliau masih belum berhenti dari pagi menjawab telefon berturut-turut. Saya membiarkan beliau menarik nafas seketika, sebelum bertanya. “Awak seorang saja ke yang bertugas?”. “Ramai, mereka semua pun sama juga” balasnya. “Encik, ada juga pelanggan yang tunggu di talian selama lebih 20 minit” tambahnya lagi. Ada juga kan orang yang sanggup menunggu begitu lama?
Jadi..
Saya pun meminta beliau menjelaskan secara terperinci tentang butiran dan caj-caj yang dikenakan kepada saya. Saya juga turut bertanya tentang masalah sambungan internet yang terputus selama seminggu pada bulan lepas. Katanya, TM akan memberikan rebat berdasarkan jumlah hari sambungan internet tidak dapat dibuat. Semuanya dijelaskan secara terperinci kepada saya dan saya berpuas hati dengan layanannya.
Lalu..
Saya pun mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya. Saya sudah marah pada awalnya tetapi menjadi ok apabila mendengar beliau memohon maaf dan layanannya kepada saya.
Jadi..
Sanggupkah anda menunggu selama lebih 20 minit talian telefon untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia?

Entahlah..I dont know..
Namun…maafkanlah orang yang memohon maaf kepada anda, nescaya hati anda akan menjadi sejuk dan tenang. Insyaallah. 

bil unifiinternet bilkhdmat pelanggan unifilamanya telefon unifirebate unifitmunifi
Share

Blog

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Comment


nisa
22/04/2013 at 3:17 am
Login to Reply

sy juga mengalami perkara yang sama… bila dilanda masalah n kena tunggu hampir setengah jam br nak dpt maklumat mmg menguji kesabaran….



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved