Selepas berkahwin, hampir 10 tahun lebih saya menunggu untuk menerima ucapan Selamat Hari Bapa.
Setelah pelbagai dugaan, perli dan sindiran serta kata-kata yang kurang sedap di pendengaran akhirnya saya bergelar bapa pada tahun 2014.
Kini saya adalah Superdad atau bapa yang sangat “superb” dan tak terkecuali juga hensemnya kerana menjaga 2 orang anak sepenuh masa.
Hujung tahun nanti inshaAllah anak yang ke-3 akan muncul pula. Itulah berkat kesabaran serta usaha yang menjadi tangga kejayaan.
Selamat Hari Bapa buat semua bapa keseluruhannya. Semoga anak-anak kita semuanya menjadi belaka dan kita pula bertambah hensem adanya.
Aminn.







Leave A Reply