Saya selalu lihat seorang lelaki tua berjalan dari satu tong sampah ke satu tong sampah pada hujung minggu.
.
Apa yang beliau lakukan sangat memeranjatkan saya.
.
Di tangan beliau menjinjing beg shopping di mana di dalamnya dipenuhi beg plastik. Apabila sampai ke satu tong sampah, beliau akan ambil sampah yang penuh melimpah dan masukkan ke dalam beg plastik, diikat dan diletakkan di tepi tong.
.
Begitulah dilakukannya dari satu tong ke satu tong.
.
Beliau bukanlah pekerja majlis bandaraya. Beliau juga bukanlah gelandangan yang bergantung kepada tong sampah dan mengutip botol untuk kelangsungan hidup.
.
Beliau adalah lelaki tua yang sudah pencen yang mahu lihat bandar yang didiaminya sentiasa bersih. Itulah rutin hujung minggu beliau di bandar gamaknya kerana acapkali saya melihat beliau berbuat demikian pada hujung minggu.
.
Frankfurt, sebuah bandar transit utama di Jerman ni sentiasa dipenuhi pelancong. Jadi bermacam-macamlah perangai dan sikap pelancong dari serata dunia terutamanya dari Tanah Besar yang cukup terkenal dengan pe’el mereka.
.
Bila hujung minggu, manusia lebih ramai dari biasa dan tong sampah penuh dengan cepat. Jadi rakyat biasa seperti orang tua itulah yang membantu menjadikan bandar mereka sentiasa bersih.
.
Kita jangan ikut perangai orang tua tu pulak yer, nanti kesian tukang sapu kehilangan kerja. Biar kotor, asalkan semua orang ada kerja. Lagipun kita dah bayar segala cukai siap dengan GST lagi.
.
Kita boleh tambah kotor lagi dengan campak sampah ikut tingkap kereta atau longgok sajalah di mana kita rasa berkenan di hati.
.
Sempena Ramadan ni, tak usah peduli sangat pasal kebersihan semua tu. Kita jaga Habluminallah (hubungan kita dengan Allah) dan tumpukan kepada amal ibadat semata-mata. Habluminannas (hubungan kita sesama makhluk) kita letak tepi dulu.
.
Tak penting pun kan?
.
#untunglahmalaysiamasihaman #sarcasm
.
p/s: Terbaca satu kajian terkini yang menyatakan negara yang paling mengamalkan nilai-nilai islam di dalam kehidupan seharian (politik, ekonomi dan sosial) adalah negara bukan islam.







Leave A Reply