• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

‘Selfish’ Tahap Dewa

17/05/2017

Orang kita ni “selfish” tahap dewa.  Sanggup tidak beralah dan memberi laluan kepada ambulan kerana mungkin urusannya lebih penting.

Seorang nenek yang saya kenali baru saja dimasukkan ke dalam ambulan untuk dibawa ke Hospital Selayang dari rumahnya di Kepong.  Memandangkan jalan di kawasan perumahan tersebut sempit maka perlu ada tolak ansur untuk memberi laluan.

Ada yang perlu berundur, ada yang perlu rapat ke tepi untuk benarkan kenderaan lain bergerak.  Namun ada juga hamba Allah yang tidak mahu memberi laluan kepada ambulan ini.

Tidak mahu berundur sedikit membuka ruang kepada ambulan kerana urusannya lebih penting.  Jadi terpaksalah ambulan ini berpusing satu pusingan lagi membenarkan kenderaan tadi lepas dahulu.

Apa kejadahnya perangai manusia sebegini?

Mungkin satu hari nanti bila dia pula berada di dalam ambulan barulah dia dapat rasa kot?

Teringat pada jiran saya di Jerman seorang makcik yang agak uzur.  Ambulan pasti datang selang beberapa bulan sekali untuk membawa beliau ke hospital.

Jalan di depan rumah saya adalah sehala dan hanya muat untuk satu kenderaan sahaja.  Apabila ambulan berhenti untuk mengambil pesakit, jalan akan tersekat.

Kenderaan berduyun-duyun terhenti dan masing-masing kool sahaja.  Tiada bising-bising hon memarahi ambulan.  Ditunggu dengan sabar sehingga ambulan beredar.

Sama juga dengan lori sampah, apabila lori mula lalu di situ, kenderaan lain mula mengekor di belakangnya sambil henti-henti mengikut rentak lori sampah.  Tiada hon dibunyikan, tiada caci maki tiada hamunan.

Entahlah, agak berbeza perangai orang di sana nu.

Kubur masing-masing kata orang kita, jadi jaga diri sendiri sudah, jangan pedulikan orang lain.

Untunglah.

Share

Blog  / Complaints  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved