• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Mama

15/05/2017

Selepas berkahwin, saya memanggil ibu mertua saya dengan panggilan mama.   Saya juga tidak pernah membahasakan ibu mertua saya sebagai “mak awak” atau “mak you” ketika membicarakan tentang ibu mertua saya dengan anaknya (isteri saya).  Hanya “mama” setiap kali bagi menunjukkan yang ibunya juga adalah seperti ibu kandung saya sendiri.

Ketika beliau sakit, kami membawa mama tinggal bersama agar mudah kami menjaganya dan memudahkan juga urusan untuk berulang alik ke HKL.

Sehinggalah kami berangkat ke Jerman.  Mama kembali tinggal bersendirian sambil dijaga dan ditemani adik-beradik lain yang tinggal berdekatan.

Dua tahun berlalu, kanser beliau kembali.

Pada suatu petang, mendengar suara mama di hujung gagang telefon.  Katanya teringin mendengar suara anak menantu, takut-takut tak sempat bersua muka.

Terus rasa tak sedap hati langsung petang itu juga kami bergegas mencari tiket pulang ke Malaysia.

Setibanya kami di hospital, mama terbaring dengan muka yang bengkak, tidak lagi boleh berjalan dan hanya mampu baring dan duduk sahaja.

“Mama, kami dah balik,” terkejut mama melihat kami di bucu katil lalu menangis kegembiraan melihat anak menantunya pulang.

Selang beberapa hari kemudian, mama pula pulang ke negeri abadi.

Saya bersyukur kerana diberi kesempatan pulang dan berkhidmat buat mama untuk kali yang terakhir.  Saya sempurnakan jenazahnya dari hospital sehinggalah ke liang lahad.

Sangat sedih kerana kehilangan mama yang sangat saya sayang seperti ibu kandung saya sendiri.  Namun saya juga sangat gembira kerana sepanjang menjadi menantunya saya telah berbakti sehabis baik buat beliau.

Seorang ibu, doanya diangkat di sisi Allah SWT, apatah lagi doa dua orang ibu.

Bagi yang masih mempunyai kedua-dua ibu, berbaktilah kepada keduanya tanpa beza.

Selamat Hari Ibu buat semuanya.

Share

Blog  / Nostalgia  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved