• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Cetak Rompak

10/05/2017

Kecoh pula pasal orang yang kena tangkap sebab jual barang tiruan.
.
Sewaktu saya di Jerman dahulu, barang tiruan memang payah nak jumpa.  Bukannya tak ada langsung namun sukar nak cari.  Barang yang masuk melalui pos pun semuanya akan ditapis.
.
Muat turun atau download pun kena juga.  Download satu movie lepas tu share pulak dan kalau kena tangkap maka kena bayar antara €800-€3000 untuk satu filem.
.
Kalau satu lagu kena sekitar €120 dan kalau satu album kena dalam €1200.
.
Perghhh takut bhai.
.
Saya kat sini rilek jer.
.
Saya donwload segala jenis software, segala jenis movie, video anak-anak belajar alif ba ta, belajar abc, belajar al-fatihah pun saya download juga.
.
Tanpa sedar saya telah “mencuri”.  Namun sebab barang tu bukan barang fizikal maka saya tak terasa sangat.
.
Samalah barang tiruan, saya beli barang “curi” dan saya rileks juga.  Padahal kalau tak mampu boleh jer saya beli kasut Bata berbanding Adidas atau Nike.  Namun saya nak juga beli barang “curi” tu.  Sebab brand dia best dan saya boleh riak dengan kawan-kawan.
.
Tapi kalau orang curi status Facebook saya jer pun bukan main saya melenting nak saman sampai langit ke tujuh.  Bila saya sendiri download lagu dan movie tak terdetik langsung perasaan bersalah tu.
.
“Alah, diorang syarikat besar, kaya raya.  Takde hal lah setakat saya download atau beli barang tak ori ni.  Tak luak pun duit depa.  Lagipun saya guna untuk personal jer, bukannya saya jual pun,” ujar saya.
.
Pandai sungguh justifikasi saya.
.
“Besar atau kecil syarikat tersebut, ianya tidak relevan.  Menciplak hasil orang dan memuat turun hasil kerja orang tanpa kebenaran masih dikira mencuri.  Matlamat tidak menghalalkan cara,” kata ustaz saya.
.
Saya menangis di bucu katil sambil menginsafi diri.
.
#untunglahmalaysiamasihaman

++++++++++++

Status ini adalah peringatan kepada diri saya sendiri tau, korang jangan terasa pulak 😀
.
**Gambar adalah halaman daripada buku Untunglah Malaysia Masih Aman. Belum ada di kedai namun boleh dibeli secara online di www.komradbuku.com

Share

Blog  / Download  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved