Kamera perangkap hadlaju patut dipasang di kawasan kampung dan juga perumahan.
Gila ah orang Malaysia ni memecut laju di kawasan-kawasan yang sangat berisiko. Di jalan kampung yang kiri kanan dipenuhi rumah, sekolah, surau, masjid dan kedai pun orang tak peduli.
Makcik nak melintas jalan ke kedai pun takut. Kita yang di dalam kereta dari simpang nak melintas atau masuk ke jalan pun seriau sungguh.
Kata adik saya yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di sebuah kampung, setiap hari pasti ada orang yang kena langgar. Tambahan lagi ketika musim perayaan.
Di kawasan perumahan pun sama, kalau tiada bonggol dibina maka berdesuplah kenderaan meninggalkan asap sahaja. Tak kiralah kuat menderum bunyi motornya atau kebarangkalian untuk melanggar kucing atau anak orang yang cuba melintas jalan. Asalkan aku cepat sampai, biarlah apa nak jadi kat orang.
Di Switzerland dan Jerman, banyak kamera perangkap hadlaju di pasang di kawasan sebegini dan bukannya di lebuhraya. Hadlaju di kawasan perumahan atau perkampungan hanyalah antara 30km/j dan 50km/j sahaja bergantung kepada keadaan jalan. Kau laju sikit memang berpinau mata kau kena flash kamera speedtrap tu.
Di kawasan bandar juga sama, kamera ini dipasang di setiap jalan utama di dalam bandar dan polis kalau buat speedtrap pun memang dalam kawasan bandar juga. Jangan lebih 50km/j kalau memandu di dalam bandar di Eropah.
Memadangkan adab kita di jalanraya memang ke laut, buat kempen pun tak jalan, di tegur-tegur pun tak menjadi maka penguatkuasaan dengan memasang speedtrap adalah cara menyelesaikannya.
Tapi kalau esok dipasang kamera tu kat serata kampung dan kawasan perumahan terutama kawasan berisiko seperti di hadapan sekolah dan sebagainya maka siaplah.
Kau akan kutuk dan caci maki semua orang terutama agensi penguatkuasa dan juga kerajaan. Bodoh, menyusahkan dan nak makan duit rakyat kata kau.
Dan ahli-ahli politik pun mulalah campurtangan untuk “backup” kau dan dapat political milieage.
Untunglah.







Leave A Reply