• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kena Rampas

13/04/2017

“Selama ni kita berak tak puas lah yer sebab tak baca buku ni?” tanya seorang anak kepada ibunya sambil memegang buku berjudul Mentaliti Jamban.
.
Ibunya tersenyum.
.
Hari ini anak yang sama memberitahu ibunya yang buku tersebut yang sedang dibacanya (kali ke 3) di sesi bacaan bebas di pusat sumber sekolah telah dirampas oleh seorang guru. Kata guru tersebut, buku berjudul Mentaliti Jamban yang sedang dibaca itu adalah sebuah buku yang tidak senonoh.
.
Ibunya lantas menghubungi dan bercerita kepada saya akan hal tersebut. Katanya tak tahu samada nak gelak atau nak nangis. Beliau sayang setiap buku yang beliau beli dan sangat ralat rasanya bila buku tersebut dirampas oleh guru dengan alasan “tidak senonoh”.
.
Saya pula tak mampu nak bereaksi sangat kerana pernah mendengar juga cerita sebelum ini tentang judul buku saya yang menjadi isu tersebut. Guru ada kuasa di sekolah dan dia ada hak untuk rampas apa sahaja yang dirasakannya tidak sesuai dengan pelajar.
.
Ada juga guru sekolah yang bercerita kepada saya yang buku tersebut tak dapat kelulusan dari pihak atasan untuk dijadikan bahan bacaan semata-mata kerana tajuk dan covernya sahaja.
.
Saya tak dapat nak buat apa lah kan.
.
Banyak sekolah lain yang menjadikan buku tersebut sebagai sumber bacaan. Ada sekolah yang buat rak khas dan bilik khas yang dipenuhi buku MJ sahaja, ada pengetua yang akan bercerita kandungan buku atau topik dalam buku MJ setiap kali perhimpunan pagi dan ada pensyarah yang menjadikan buku MJ sebagai buku wajib kepada pelajarnya.
.
Ada juga pensyarah yang sering menjadikan topik di dalam tersebut sebagai bahan untuk “membasuh” para pelajarnya. Jadi, penilaian terhadap cover dan tajuk buku adalah sangat subjektif selagi mereka tidak membaca kandungannya. Sekurang-kurangnya bacalah dahulu prakatanya atau isi kandungannya sebelum dirampas.
.
Hmmm..Entahlah.
.
Apa-apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ibu tadi kerana berkongsi cerita tersebut dengan saya. Saya doakan agar guru tadi terbuka hati untuk membaca buku saya tersebut dan sesudah itu memulangkan kembali kepada pemiliknya.
.
Aminn.
.
.
.
#mentalitijamban #kenarampas

Share

Blog  / Books  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved