Sedang anda berjalan di kawasan perumahan dan anda ternampak sebuah sofa yang masih elok diletakkan di laluan pejalan kaki di hadapan sebuah rumah maka anda bolehlah angkut bawa balik.
Itu di Jerman lah.
Orang Jerman kalau nak buang atau lupuskan perabot atau apa sahaja barangan yang masih elok dan boleh digunakan maka mereka akan tinggalkannya laluan pejalan kaki di hadapan rumah.
Kalau nampak apa sahaja barangan yang diletakkan di laluan pejalan kaki biasanya barangan yang masih elok dan ianya adalah untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang inginkannya.
Apa yang perlu anda buat adalah ambil sahaja. Tak perlu nak minta lagi dah. Kalau barangan yang besar seperti sofa contohnya maka pandai-pandailah ejas macamana nak bawak balik.
Salah satu sebab kenapa diorang akan bagi barang pada orang dengan cara begitu kerana kos untuk melupuskan barangan yang tidak dikehendaki adalah tinggi. Tak boleh pergi campak kat tong sampah macam kat tempat kita ni.
Tilam, bantal, kerusi meja, peti ais rosak, sofa lama dan sebagainya semua campak dekat tong sampah.
Jangan kata barangan, bayi pun orang kita campak dalam tong sampah juga.
Hmmmm.







Leave A Reply