• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Perempuan Power

27/02/2017

Orang perempuan memang power.

Pernah tak korang jumpa dan tengok sekumpulan pekerja memasang khemah dan peralatan di sesebuah acara atau majlis dan pekerja tersebut semuanya wanita?

Pernah tak korang jumpa dan tengok pekerja dari stesen televisyen dari wartawan, jurukamera, audio assistant, boom operator dan sebagainya 4-5 orang dan semuanya wanita?

Pernah tak korang jumpa dan tengok tukang kimpal, atau wireman, atau handyman yang datang rumah baiki paip atau heater dan sebagainya dan mereka adalah wanita?

Pernah tak korang jumpa dan tengok pekerja memasang pentas besar untuk konsert? Kena panjat sini sana, pasang speaker, angkut besi itu ini, tarik kabel sana sini dan mereka ini adalah wanita?

Pernah tak korang jumpa dan tengok orang pasang signage depan kedai, atau pasang sticker iklan di cermin kedai dan pelbagai kerja-kerja advertising yang perlu panjat, tebuk, tampal ni dan semuanya adalah wanita?

Pernah jumpa dan tengok pemandu keretapi, bas, lori dan pelbagai kenderaan besar lain yang mereka ini adalah wanita?

Dan pelbagai lagi kerja-kerja yang dilakukan oleh golongan wanita?

Saya yakin kita pernah bukan?

Namun untuk lihat satu kumpulan wanita melakukan kerja-kerja professional yang biasanya dilakukan oleh orang lelaki rasanya agak sukar dan jarang-jarang dapat dilihat.

Namun semua kerja-kerja berkumpulan tersebut dapat dilihat di Jerman. Power pompuan depa ni.

Namun, pompuan kita pun power jugak kan?

Share

Believe It or Not  / Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved