• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Negara Pasir Berdengung

15/01/2017

Siang tadi di Ikea, ketika tengah beratur di restoran ada seorang lelaki bersin lalu terhamburlah hingus dan kahaknya ke atas “handrail” yang membentuk lorong untuk beratur mengambil makanan.

Jelas kelihatan lelehan dan lendiran kumuhan meliuk-liuk di handrail tersebut. Teman wanita lelaki tadi menghulurkan tisu lalu diambil dan dikesat tangannya sahaja. Lelehan lendiran dibiarkan terkontang-kanting di situ untuk tatapan umum.

Ewww… orang di belakang sudah hampir mahu muntah.

Di ruang restoran pula, cerita biasalah. Meja bersepah, sisa bertaburan, baki dan sisa masih banyak. Tisu banyak berlebihan, pek gula pun banyak yang lebih dan sos ni jangan ceritalah, ambil banyaknya macam sebotol, makannya macam sesudu sahaja.

Sampah di bawah meja juga usah cerita.

Katanya kita bayar duit, biarlah orang kemas. Skrip biasa orang kita. Dan sanggup makan di dalam keadaan meja bersepah, dan sampah merata-rata.

Nak kat tak reti membaca arahan yang terbentang di atas meja agar mengemas sisa dan tray, semuanya kelihatan bergaya macam orang bijak-bijak belaka. Yang cantik mengalahkan retis pun ada namun perangai Ya Robbi. Sangat memalukan dan memualkan.

Itu cerita seorang kakak kepada saya.

Beliau baru pulang ke tanahair selepas bertahun lamanya di negara pasir berdengung. Itulah pertama kali menjejakkan kaki di Ikea Malaysia dan pasti ianya adalah kali terakhir.

Anak-anaknya komplen dengan sikap orang kita yang pengotor. Katanya orang pasir berdengung yang angkuh dan sombong tu pun makan dalam keadaan bersih.

Nak beli barang pun tak seronok melihat cara orang berbaring, bergolek dan menyepahkan barangan sesuka hati. Dah macam rumah sendiri lagaknya.

Dah serik. Katanya tak nak datang ke Ikea di Damansara tu lagi dah.

Kesian Ikea.

Entahlah.

P/s: Ini adalah kali ke-4 saya menulis pasal sikap dan mentaliti rakyat Malaysia di Ikea. Isu Ikea, kebersihan dan sikap pemalas pun ada diceritakan di dalam buku saya “Mentaliti Jamban”

#mentalitijamban
#ikeamalaysia

Share

Blog  / Complaints  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved