• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Selamat Tinggal 2016

31/12/2016

Esok dah nak masuk tahun baru.

Dengan ada 2 judul buku di pasaran dan salah satunya tersenarai antara 10 buku bukan fiksyen terbaik MPH serta kesibukan menghadiri jemputan ceramah dan juga sessi ramah mesra, tahun 2016 memberikan impak yang agak besar kepada diri saya.

Tahun 2017 pula inshaAllah akan terbit 3 buku baru dan semestinya pelbagai perkongsian di FB dan juga blog. Selain itu akan ada juga siri ceramah dan juga sessi bertemu dan ramah mesra bersama kalian semua.

Oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan follower saya yang seramai 18,456 orang ini yang tanpa jemu terus membaca dan menyokong penulisan saya samada di page ini atau di blog dan melalui buku-buku saya.

Di kesempatan ini juga saya membuka peluang untuk anda bertanya soalan atau sekadar menulis komen atau memberi pendapat dan saya akan pasti membalas kesemuanya dan mengucapkan terima kasih kepada anda secara peribadi.

Semoga 2017 akan memberikan yang terbaik buat kita semua.

Terima kasih dan selamat tinggal 2016.

Share

Blog  / Books  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved