• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Jangan Ambil Risiko

14/12/2019

Ketika aku melangkah masuk ke dalam sebuah masjid, ada kanak-kanak menerpa datang bersalam dengan aku.

Aku pun sambutlah salam dia dan terus solat Asar.  Selesai solat aku nampak dia masih duduk di tepi pintu sambil bermain-main dengan kerusi kecil yang orang buat solat tu.

Aku pun tanyalah dia, duduk mana, kenapa masih di masjid, kenapa sorang-sorang dan sebagainya.

“Nama saya Haziq, saya darjah 4. Ustaz suruh duduk sini jaga masjid.”

“Ohh gitu.  Baguslah.  Pergi sekolah tak?  Dah makan ke belum ni?”

“Pergi sekolah. Belum makan, beras di rumah tinggal sikit saja lagi.  Mak belum balik kerja.”

“Ayah mana?”

“Ayah dok penjara.  Dia pukul kaki mak sampai pecah.  Lepas tu polis datang tangkap ayah.”

“Allahuakbar.”

“Saya jadi ketua keluarga.  Saya sorang jer lelaki.  Saya ada kakak 2 orang dan adik sorang, semua perempuan.  Mak kerja tukang cuci, saya kadang-kadang kerja basuh pinggan kadang-kadang basuh kereta.”

Panjang cerita dia.

Anak kecil itu baru 10 tahun usia dia.

Ayahnya pemabuk.  Asyik pukul mak, sesekali pukul juga dia dan kakak-kakaknya.  Ayahnya pukul mak dia sebab mak minta RM3 daripada duit yang ayah hutang.  Ayah marah lalu pukul mak dan ketuk kaki dia sampai pecah dan patah.

Dia ada lagi 2 orang adik tapi mak tak mampu nak jaga lalu diberikan kepada orang.

Bercampur baur perasaan aku mendengar cerita anak kecil ini.  Entahlah, marah, geram, percaya, tidak semua ada.

Aku pesan pada dia supaya jaga mak serta adik beradik dia baik-baik.  Sentiasa berbuat baik dengan emak, sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling.  Jangan sesekali mencuri dan menipu walaupun terdesak.  Belajar rajin-rajin dan ubah nasib keluarga.

Aku tak boleh berlama-lama sebab anak-anak sedang tidur dalam kereta.

Aku tinggalkan dia dengan sedikit sumbangan, cukup untuk mereka bertahan selama seminggu dua.  Aku doakan semoga Allah membantu mereka.

Entahlah.

Pengalaman aku kenal dengan orang yang kaki minum, jarang lah aku jumpa yang berhenti terus.  Ada, tapi sangat kecil bilangannya.  Minum ni dia bukan setakat mabuk jer tapi dialah punca kepada zina, pergaduhan, pembunuhan dan sebagainya.  Sebab tu arak ni haram jadah.

Para gadis yang nak cari calon suami, mohon selidik baik-baik yer.  Kau dapat tahu jer dia jenis minum maka kau larilah jauh-jauh.  Jangan sesekali kau percaya janji manis dia.  Dia boleh jer berjanji nak berhenti namun kebarangkaliannya sangatlah tipis.

Tak usah ambik risiko okeh.

Khairul Abdullah
#SuperDaddy

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved