• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Perkenalkan Diri Sebelum Bertanya. Susah Sangat ke?

26/09/2016

Hanya 2 dari setiap 10 orang yang menghubungi saya memperkenalkan diri mereka terlebih dahulu. Yang lain sekadar “Salam”.

Kita kan ada adab.

Adab itulah yang mendefinasikan siapa kita. Bukannya saya yang hendak menjawab soalan anda ni sombong atau “demand” dan sebagainya, namun dengan adanya nama, senang untuk saya memberi jawapan bila saya tahu orang yang bertanya itu tuan atau puan.

Senang juga untuk saya mengingati siapa yang bertanya tersebut.

Jika main terus terjah dengan “Salam, nak tanya pasal lesen antarabangsa lah, boleh?” Takkan saya nak jawab tak boleh, mestilah saya ceritakan macamana cara nak dapatkan permit memandu antarabangsa tersebut.

Namun yang tak seronoknya, selepas beberapa hari atau minggu anda ada soalan lain pulak dan bertanya lagi. Kali ni dah tiada salam, apatah lagi nak memperkenalkan diri, langsung tanya soalan yang seterusnya.

Bila saya tanya siapa ni? Mulalah dia menjawab alah yang dulu tu dah tanya, takkan dah lupa? Sibuk sangat ke? dan macam-macam lagi.

Kawan semua, saya tidak dapat save semua nombor telefon anda, saya tidak dapat mengingati semua soalan anda. Yang berbudi bahasa dan beradab bila berbicara dan bertanya saya simpan nombor mereka. Bila mereka hubungi lagi saya sudah kenal siapa mereka. Jadi kawan.

Bagi yang terjah tanpa memperkenalkan diri, selepas menjawab soalan saya padam (delete) terus mesej anda dari kotak Whatsapp atau email saya. Jadi saya tiada kepentingan untuk mengingati siapa diri anda kerana anda sendiri tidak pernah berminat untuk memperkenalkan diri anda.

Jadi, kalau nak anda dilayan dengan baik, maka anda layanlah orang lain dengan baik juga. Jika anda mempermudahkan saya dengan tulisan yang lengkap dan soalan yang jelas maka saya juga akan mudah memberi jawapan kepada anda.

Bila soalan ditulis dengan bahasa yang sukar difahami maka saya balas lambat sikit (saya pilih yang mana mudah untuk saya untuk balas terlebih dahulu) maka mula awak kata saya macam-macam.

Sudahlah tanya dengan bahasa yang diringkaskan sampai sukar difahami, nak jawapan yang cepat pula. Saya yang nak jawab ini pun hilang mood bila baca tulisan sebegitu.

Sudahlah.

Dah berulang-ulang kali cakap pasal benda yang sama sepanjang tahun. Nak memperkenalkan diri dan tulis elok-elok pun susah sangat ke?

Hmmmm…

#mentalitijamban

Share

Blog  / Complaints  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved