• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Parking 3 Petak

18/09/2016

“Bro, kenapa kau parking melintang sampai 3 petak sekali kau sauk ni? Kereta banyak yang tak boleh nak parking sebab kau” tanya saya pada seorang lelaki sado yang sedang menunggu di dalam kereta pacuan 4 roda di hadapan sebuah pasaraya.

Lelaki tersebut diam membisu atau buat bodoh sahaja terhadap persoalan saya.

Mungkin beliau tidak dengar pertanyaan saya sebab cermin keretanya bertutup. Dia hanya nampak gerakan badan atau “body language” saya sahaja ketika melontar pertanyaan tersebut. Saya yakin beliau faham dengan gerak bibir, gerakan tangan dan badan saya ketika saya bertanya.

Namun beliau memilih untuk buat bodoh sahaja.

Atau memang mungkin dia seorang yang begitu.

Entahlah..saya tidak tahu.

Saya memang sakit hati dengan orang yang sebegini:-

1. Parking yang rapat dengan garisan sampai orang lain tak boleh nak buka pintu untuk keluar masuk.

2. Parking di petak OKU dan petak keluarga bagi yang tidak layak.

3. Parking terjulur lebih ke hadapan sampai masuk petak orang.

4. Parking senget dan ala kadar.

5. Parking kawasan yang tidak dibenarkan dan menghalang lalulintas.

Yang lain-lain lagi korang sambunglah sendiri.

Jangan “selfish” bhaiii. Kita hidup bermasyarakat, kena fikirkan pasal orang lain juga. Petak parking tu bukan kau yang punya. Ingatlah kau susahkan orang, nanti orang lain pula susahkan kau. Silap-silap ada yang pancit atau bercalar nanti.

Kau permudahkan orang, kau fikir akan kesenangan yang kau berikan kepada orang dengan parking dengan betul maka orang lain juga nanti akan berikan yang sama pada kau.

Kau buat baik, maka baiklah balasannya. Kau buat buruk maka buruklah yang kau kena terima.

Zaman sekarang Tuhan bayar “cash”.

Nanti bila kau nak parking tapi tak dapat sebab ada makhluk lain yang parking melintang sampai 3 petak, kau jangan angin satu badan pulak yer.

#mentalitijamban

Share

Blog  / Complaints  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved