Tahukah anda, di Jerman jika anda memanggil polis dengan kata ganti nama “kau” yakni tidak formal maka anda boleh disaman sehingga €600 (RM2,731). Kena ada adab bila bercakap dengan polis.
Jika nak bertanya atau bersoal jawab dengan polis anda haruslah menggunakan kata gantinama yang formal seperti Encik, Tuan, dan sebagainya. Kalau dalam bahasa Jerman kena guna kata gantinama “Sie” dan jangan gunakan “Du”.
Banyak lagi perkataan lain yang anda sebut atau panggil atau maki pegawai polis seperti “pondan” “bodoh” “lembu” “anak haram” “celaka” dan sebagainya anda akan terus disaman di antara €200-€475 (RM910 – RM2,160).
Kalau anda tunjuk isyarat lucah (jari tengah) automatik anda akan dapat saman sebanyak €4,000 (RM18,200). Jumlah saman ni akan berubah setelah anda dibicarakan. Mungkin kurang atau mungkin lebih lagi.
Jadi sesiapa yang ada hajat nak melawat atau tinggal di Jerman, sila jadikan ini sebagai peringatan.
Jangan main-main dengan abang atau kakak polis (Polizei) di Jerman yer.







Leave A Reply