• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Merokok Tak Kena Tempat

14/08/2016

“Dik kau jangan nak merokok dalam lif boleh?” tegur saya pada seorang remaja yang sedang merokok di depan pintu lif.

Ketika pintu lif terbuka maka saya melangkah masuk dan remaja tadi terus beredar ke arah tangga.

“Eloklah begitu daripada busuk lif yang dah serba daif ni” getus hati saya.

Beberapa kali juga saya menegur para remaja yang merokok atau cuba merokok ketika menaiki lif di blok apartment saya ini. Ada yang memohon maaf, ada yang buat muka tak puas hati dan ada yang berlalu begitu sahaja.

Belum ada lagi yang ajak saya bertumbuk setakat ini.

Pagi tadi ketika bawa anak isteri bersarapan di sebuah restoran juga rasa nak menegur beberapa orang perokok yang buta hati perut. Tapi malas nak cari gaduh dengan orang tua, saya simpan sahaja geram saya tu.

Nak merokok atau vape tu boleh bang, kau hisaplah sampai meletup paru-paru pun saya tak kisah. Yang saya kisah adalah tempat kau merokok tu.

Takkan di tengah-tengah restoran yang padat dengan manusia yang bawa anak isteri bersarapan kau bantai hisap menatang tu? Rokok dan vape tu tak salah, kau yang salah.

Belakang kau ada budak-budak, kiri kau ada anak kecil, depan kau ada meja kosong yang saya tak boleh nak duduk sebab asap kau menderu-deru ke situ. Saya ada anak kecil bang. Kau tak boleh fikir ke? Ke asap rokok tu dah menjejaskan sel-sel otak kau?

Saya bergerak ke arah luar restoran untuk cari meja lain, namun asal ada meja kosong dan baru nak duduk sahaja, nampak pulak malaun di meja sebelah yang asyik menghembus asap berkepul-kepul.

Adehhhh, kau hisap rokok sebelah anak-anak kau bang. Patutlah kau tak kisah merokok kat mana-mana pun. Depan anak bini kau pun selamba kau hembus, apatah lagi orang lain kan?

Saya melangkah keluar duduk di kawasan luar. Saya cuba elakkan kawasan luar kerana biasanya perokok yang ada akal dan adab biasanya merokok di kawasan tu. Namun memandangkan belum ada yang merokok maka kami sekeluarga duduk dan makan di kawasan luar tersebut.

Itu di restoran, belum lagi di dalam tandas awam, di stesen keretapi, di hentian bas dan macam-macam lagi. Tengah beratur nak beli nasi lemak pun ada juga.

Ingat abang-abang adik kakak perokok sekalian, kita bukan membenci korang yang merokok atau vape, tetapi kami benci cara kau memilih tempat untuk melakukannya.

Mungkin anak bini kau memang dah “immune” atau suka dengan bau asap vape kau tu tapi anak bini orang lain tidak. Girlfren kau mungkin stim dengan bau asap rokok kau tu, tetapi girlfren orang lain tidak. Kawan kau mungkin tak kisah asap rokok yang berkepul-kepul kau hembus depan muka dia tu tapi kawan orang lain tidak bhaiii.

Jadi kau pandanglah kiri kanan depan belakang sebelum nak merokok. Ingat yang tidak semua orang suka dengan asap yang berkepul-kepul tu.

Kita hidup ni biarlah memberi manfaat kepada orang kerana itulah sebaik-baik manusia. Kalau tak boleh maka janganlah kau menyusahkan dan memudaratkan orang lain kerana itu adalah seburuk-buruk manusia.

Maaflah kalau kau terasa.

#mentalitijamban

Share

Blog  / Complaints  / Experience  / Health  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved