“Halal ke tu bang?” Tanya seorang yang kau tak berapa kenal di ruangan komen Facebook atau Instagram ketika kau upload gambar tengah makan sekeping roti kat tengah kota Berlin.
Sebenarnya boleh jer dia pm kau utk tanya pasal tu kalau dia betul-betul nak tahu tanpa menimbulkan fitnah, tapi nak jugak dia tanya kat ruang komen tu.
Makanya jenuhlah kau menjawab dan berdebat dengan beliau tentang status halal roti yang kau makan atau kopi yang kau minum tu.
Atau kau boleh diam jer tanpa menjawab dan orang lain juga akan mula meragui apa yang kau makan tu halal ke tidak.
Jadi, dengarlah pesan abang kau ni. Tak usahlah kau upload gambar makan kat FB atau Insta kau tu.
Sebabnya, ia bakal menimbulkan fitnah kepada diri kau.
Kau tabah sudah. Kau cari benda yang halal, kau yakin suci dan halal selepas kau dah siasat kemudian kau makan dan bersyukur serta bertawakkallah.
Orang ingat kita yang kaki travel ni makan segala mak nenek, bedal itu ini tak kira halal haram. Macam kita ni takde agama.
Jadi berdasarkan pengalaman abang kau yang selalu kena tanya soalan sebegitu, langkah tidak upload gambar makanan adalah cara yang paling baik untuk tidak sakit hati dengan orang yang “menghina” kita dengan soalan sebegitu dan mengelakkan fitnah.
Atau kalau nak upload juga kau letak siap-siap kapsyen “Ditanggung Halal”. Jadi mungkin tak akan ada yang bertanya dan meraguinya lagi.
Seeloknya kau tak payah upolad dan bertabah saja.
Dah balik Malaya barulah kau upload gambar minum kopi kat stabak. 😁😁😁







Leave A Reply