• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Pokok Oren di Kota Rome

28/07/2019

Saya dan Khaleef cuba memetik buah oren yang terdapat di sepanjang jalan di sekitar Kota Rome.  Dah digabung kedua ketinggian kami namun masih belum cukup untuk sampai.  Jadi kami hanya mampu tersenyum bergaya di depan kamera.

Pokok oren ini ditanam sebagai pokok hiasan di pinggiran jalan kota Rome.  Bukan di semua kawasan namun memenuhi hampir di keseluruhan jalan di kawasan bandar yang lebih moden dan kurang tumpuan pelancong.

Sambil berjalan penuh kekaguman dan kegeraman melihat buah oren yang melintuk-liuk di dahan yang berjuntai tersebut, kelihatan sepasang orang putih yang sangat tinggi memetik buah tersebut dan memakannya.

Melihat dari gaya lompatan kecil dan riak muka mereka ketika mereka menyuap ulas pertama ke dalam mulut maka saya yakin buah tersebut sangat pahit dan masam.  Jadi saya batalkan hasrat untuk mencuba.

Kata orang, pokok oren jenis ini dipilih untuk ditanam kerana daunnya tidak gugur sepanjang tahun.  Jadi selain dari memberi efek warna dan keseronokan kepada lanskap jalanan, ianya juga mudah dijaga dan diselenggara.

Kalaulah pokok mangga Harum Manis ditanam di sepanjang jalan di Kuala Lumpur ni, apa akan jadi yer?

ENTAHLAH, I dont know.

Share

Believe It or Not  / Blog  / Experience  / Foods  / Places  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved