• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Pak Turut

13/07/2016

Orang kita ni kuat mengikut. Kadang-kadang benda tu kita tak berapa nak buat atau takut nak buat, tapi bila orang buat kita berani ikut.

Tak percaya?

Satu malam kau tengah memandu dan berhenti di lampu merah. Jam sekitar 8.30 tengah malam dan kereta tidaklah banyak. Namun tiba-tiba kereta di sebelah kau terus jalan walaupun lampu merah, kemudian kereta belakang pun ikut jalan dan kereta lain pun ikut dan ikut.

Kau pun apa lagi, takkan sorang-sorang jer tertinggal di situ, maka kau pun ikut jalan juga.

Kalau sorang tak buat atau tak mula, maka semuanya tak akan buat. Tapi bila dah ada yang mula buat, kau dah rasa perlu buat, walaupun asalnya kau tak nak buat.

Nampak tak?

Satu hari kau memandu dalam kesesakan, tengah panas lit-lit kat lebuhraya untuk pulang ke kampung untuk cuti raya. Mungkin terlalu banyak kereta, sebab tu jem. Kau pun kool saja sambil dengar lagu raya.

Tetiba ada sebuah kereta di depan anda keluar ke kiri dan berdesup memotong di lorong kecemasan.

Beberapa saat kemudian, kereta lain pun mula berduyun-duyun potong ikut lorong kecemasan tadi. Padahal sebelum ni dah jem lebih 30 minit dah tapi tak ada pulak orang yang guna lorong tu.

Bila sorang mula maka yang lain pun ikut. Kau pun apa lagi, tak boleh jadi ni kata kau. Maka kau pun terjerumus sama.

Nampak tak?

Satu hari kau pergi Ikea. Parking macam biasa lah asyik penuh saja. Jadi kau pun rancang nak pergi parking kat The Curve, lepas tu nanti lintas jalan saja dan boleh ke Ikea.

Tapi kau nampak orang mula parking di tepi jalan sahaja walaupun ada tanda dilarang parking. Kau pun tahu kalau parking kat situ pasti akan menyempitkan jalan dan menganggu aliran trafik dan menyusahkan orang.

Tapi orang lain boleh jer parking, takkan aku tak boleh yer tak? Jadi kau pun cari jalan dan selit-selit lah parking kat mana boleh di tepi jalan tu walaupun kat kepala simpang.

Kalau seorang pun tak mula parking kat tepi jalan tu, rasanya tak akan ada orang lain yang parking. Tapi bila ada seorang lahabau yang mula, maka orang lain termasuk kau pun dengan seronoknya mengikut.

Nampak tak?

Satu pagi kau pergi kau pergi jalan-jalan kat pasar tani. Kau berjalan sambil makan keropok lekor yang kau beli kat gerai kepok losong waktu mula-mula sampai tadi.

Dah selesai makan, kau pun nak buang plastik tapi cari tong sampah tak jumpa pulak. Kau pun pegang jer plastik tu sambil jalan-jalan.

Kemudian kau nampak ada seorang kakak buang cawan plastik bekas minum air sirap kat perdu sebatang pokok yang tak berdosa.

Kemudian kau nampak ada sorang pakcik ikut buang sampah kat situ juga. Lepas tu beberapa orang lain turut serta buang segala macam sampah kat situ.

Kau pun apa lagi, pergi juga kat pokok tu dan campakkan plastik yang kau dok pegang hampir setengah jam tadi.

Pokok tu punyalah suci sebelum tu tanpa sebarang noda. Bila kakak tu mula buang sampah kat situ, maka ramailah yang mengikut.

Nampak?

Sebab apa kau ikut?

Kau takut kalau kau yang mula dulu kesalahan tu jatuh atas engkau. Kalau kena tangkap contohnya maka kau ada alasan untuk tuding pada orang lain.

“Eh, dia tu yang mula dulu, saya ikut saja” kata kau.

Betul tak?

Macam budak-budak jer perangai kau.

==============================

Itu baru beberapa contoh perangai orang kita yang suka mengikut atau tunggu orang lain buat dulu, lepas tu ikut. Ada segala macam lagi sikap atau perangai yang malas nak diceritakan.

Rasanya orang yang suka jadi “pioneer” atau orang yang memulakan sesuatu sikap yang tak elok ini patut tak kita “tembak” sahaja? (bukan literal)

ENTAHLAH, I don’t know.

Udah-udah lah tu yer.

Kau janganlah jadi orang yang memulakan atau mengikut sikap macam ni yer. Tunjukkanlah dan ikutlah perangai atau sikap yang baik-baik saja. Yang buruk kau simpan diam-diam.

#mentalitijamban2

Share

Blog  / Complaints  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved