Kenapa sangat sukar jumpa tong sampah di kotaraya Tokyo namun tak pulak jumpa sampah yang dibuang merata-rata? Bagi yang pernah ke Tokyo pasti mengakui hakikat tersebut.
Bersih beb, bersih.
Tong sampah awam di Tokyo mula di buang pada tahun 1995 selepas serangan gas sarin oleh pengganas dari kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai Aum Shinrikyo. Dikhuatiri serangan berulang dan tong sampah dijadikan sebagai tempat untuk melepaskan gas tersebut maka ianya dibuang.
Ia merupakan salah satu dari beberapa sebab lain seperti mengurangkan kos penyelenggaraan, mengurangkan pencemaran dan kekotoran dari aktiviti penyelongkaran tong sampah oleh golongan tidak berumah dan lain-lain lagi.
Namun, kekurangan tong sampah tidak menjadikan bandar-bandar di Jepun terutamanya Tokyo yang padat dengan 38.7 juta orang manusia lebih kotor, namun merupakan antara bandar yang terbersih di dunia.
Kenapa yer?
Sikap membawa pulang sampah ke rumah sudah diamalkan sedari kecil lagi. Jadi sudah jadi kebiasaan bagi mereka bawa plastik sendiri dan isi sampah. Untuk kanak-kanak, sampah biasa dimasukkan ke dalam kocek dan di buang di rumah.
Selain itu, tempat yang bersih biasanya sukar hendak dikotorkan. Sebagai contoh kita berjalan di dalam shopping mall yang bersih, lantai berkilat, kita nak buang taik hidung pun tak berani, apatah lagi nak buang pembungkus gula-gula.
Kalau shopping mall yang sama ada tong sampah, walaupun dah penuh, kita akan berani buang di bawah tong sampah, di tepi dan sebagainya. Tempat lagi kotor, maka senang untuk ditambah kekotorannya. Tempat kalau bersih maka ramai yang tak suka atau berani mengotorkannya.
Jadi, kalaulah kita kurangkan tong sampah di Malaysia ini, agak-agaknya apa yang akan berlaku? Bertambah bersih mungkin?
Di kawasan kediaman saya, beberapa tong sampah awam di laluan pejalan kaki, di taman permainan di tepi bangku dan sebagainya, sudah dibuang dan dicabut terus. Sebelum ini kawasan tong tersebut sentiasa kotor.
Tong sampah tersebut kecil sahaja dan bila sampah penuh maka dilonggokkan sampah lain disekeliling. Sekarang selepas tiada tong sampah, kawasan tersebut bersih, tiada sampah langsung.
Jadi boleh kot untuk cuba dipraktikkan.
Entahlah, I dont know.
Apa pandangan anda??







Leave A Reply