• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Elakkan ‘Aquaplaning’ Semasa Hujan

11/05/2016

Selesai mesyuarat jam 3.30 pagi tadi, saya bergegas balik dari Cheras ke Shah Alam melalui Lebuhraya Kesas. Hujan sudah berhenti namun jalan masih basah. Selepas Endah Parade saya terlihat objek besar dan gelap merentasi lebuhraya. Saya perlahankan kenderaan dan melihat apa sebenarnya objek tersebut.

Allahuakbar, ada kemalangan – sebuah jentolak yang terbalik dan sebuah van. Saya pun memasang “hazard light” dan berhentikan kenderaan di tepi. Ketika melangkah keluar barulah saya nampak beberapa orang mula keluar dari van tersebut.

Saya orang yang pertama sampai dan hujan mula renyai kembali.

Saya bertanya kepada penumpang yang mula keluar adakah mereka semua ok? Namun tiada jawapan. Mereka hanya melangkah longlai namun tidak bersuara. Suana sunyi sepi yang kedengaran hanyalah deruman enjin kenderaan dari seberang jalan.

Mangsa dari van tersebut adalah remaja dari Skuad Bolasepak Piala Presiden Negeri Pahang, seperti yang tertulis di pakaian mereka.

Memandangkan semua penumpang van nampaknya ok sahaja pada hemat saya, maka saya beralih mencari pemandu jentolak sambil tangan mendail 999.

Ketika itu juga saya melihat sekujur tubuh dengan keadaan kaki yang terlipat pelik dan darah mengalir membasahi jalan. Allah..dah mati ke, getus hati saya.

Saya cuba mengelak darah dan mendekati mangsa dan memegang tangan beliau dan kemudian beliau bergerak. Alhamdulillah, masih hidup,

Mangsa, seorang lelaki india berusia sekitar 50an.

Beliau mula bergerak-gerak dan saya menyuruhnya untuk diam dan tidak bergerak sambil bercakap dengan telefonis 999 yang bertanyakan macam-macam soalan. Selepas beberapa minit bercakap dan dijanjikan pertolongan sudahpun bergerak ke tempat kejadian maka saya meletakkan telefon.

Orang ramai mula berhenti.

Ada yang menolong memperlahankan trafik. Ada yang mengangkat dan mengalihkan serpihan kemalangan bagi memberi laluan dan sebagainya.

Hujan semacam akan makin lebat.

Saya meminta tolong seorang lelaki untuk ambilkan payung dari kereta saya sambil tangan mengusap dada mangsa tadi. Nak usap kepala saya takut sebab banyak benar darahnya. Takut saya yang pengsan pulak nanti.

Saya hanya mampu menyuruh mangsa agar bersabar dan tidak bergerak. Takut sungguh melihat pehanya yang patah dan terlipat, bibir atasnya yang koyak, mukanya yang bengkak dan darah yang mengalir laju dari luka besar di belakang kepala.

Bila dah ada payung maka saya terus duduk dan memayung mangsa tadi. Saya juga meminta bantuan mereka untuk mencarikan sesuatu untuk mengalas kepala mangsa supaya lebih selesa. Seorang lelaki memberikan sehelai t-shirt yang kemudiannya saya lipat kecil agar boleh dibuat bantal.

Cukuplah untuk membuatkan mangsa berasa selesa sedikit.

Saya mula bertanya soalan namun beliau masih keliru. Kemudian ada beberapa lelaki India lain yang datang dan cuba bercakap dengan beliau dan dijawabnya.

Jadi mereka pun tolong translate untuk saya beberapa pertanyaan seperti nama, umur, tinggal di mana dan sebagainya. Nama beliau adalah En Gandhi Govinndaraju berusia 50 tahun.

Beliau mula bertanya siapa yang langgar siapa? Saya tidak dapat menjawabnya kerana tidak tahu. Saya ada bertanya kepada pemandu van yang hanya cedera ringan di bahagian muka dan kepala, siapa yang langgar siapa? Namun beliau tidak menjawab dan beredar meninggalkan saya.

Ramai yang sudah berhenti menolong ketika ini. Ada yang jaga lalulintas, ada yang tolong kutip itu dan ini, ada yang bercakap melalui walkie-talkie dan sebagainya

Setelah hampir 10 minit, bomba pun sampai kemudian diikuti dengan polis. Seterusnya ambulan pula datang selang beberapa minit kemudian.

Setelah diangkat masuk ke ambulan maka barulah saya berpeluang untuk melihat keadaan tempat kejadian dan mangsa lain. Rupanya ada seorang lagi mangsa yang agak parah dari dalam van tersebut yang sudah dikeluarkan.

Selesai bercakap dengan pihak polis maka saya pun bertolak pulang.
.
.
.
.
Saya menulis cerita ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi saya gembira melihat sikap rakyat Malaysia yang suka tolong-menolong. Semua orang membantu setakat yang mampu.

Saya juga tidak mahu bercerita tentang siapa langgar siapa, siapa yang bersalah dan sebagainya kerana saya hanya mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja. Cerita lain hanya melalui cakap-cakap orang ramai di tempat kejadian dan bukan dari mulut mangsa dan pemandu.

Jadi saya tidak mahu buat andaian.

Namun yang paling penting yang ingin saya kongsikan di sini adalah sikap kita di jalanraya. Usahlah memandu laju ketika jalan basah kerana “aquaplaning” mudah berlaku. Sila tanya Cikgu Marwan Mahmud WM tentang aquaplaning jika anda tidak faham.

Seterusnya, pakailah seatbelt. Melihat dari keadaan van dan jentolak yang terbalik, sebenarnya kecederaan boleh diminimumkan jika semua mereka memakai seatbelt.

Jentolak hanya terbalik dan ruangan kokpit pemandu masih utuh. Pemandu jentolak pasti tidak akan terpelanting keluar dan terjatuh di atas konkrit pembahagi jalan dan patah pehanya. Mangsa dari van yang duduk di bahagian tengah sebelah pemandu pasti tidak akan cedera teruk di bahagian kepala akibat terbang ke cermin hadapan.

Jom kita beringat sebelum kena. Pakailah seatbelt dan berhati-hati di jalanraya ketika musim hujan begini.

Untuk semua mangsa saya doakan semoga semuanya cepat sembuh.

Aminnn.

Share

Blog  / Experience  / Peoples  / Weather

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved