• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Islamophobia dan Cara Mengelak Dari Diganggu

04/05/2016

Takut untuk mengembara atau bercuti ke Eropah kerana Islamophobia?

Jangan takut jika kita pandai membawa diri, berdoa dan bertawakal, maka inshaAllah tidak akan ada sebarang masalah yang dihadapi.

Kita haruslah bersedia (pandai membawa diri) sebelum berdoa dan bertawakkal. Yakni kita kena usahalah dulu untuk tidak menjadi mangsa.

Jadi saya nak kongsikan tips ringkas ni, ianya dikira sebagai paling penting (essential) ketika mengembara atau bercuti di Eropah bagi mengelakkan dari menjadi mangsa Islamophobia.

1. Jika anda rasa diekori, masuk sahaja ke dalam kedai atau kafe yang paling dekat dengan anda. Carilah kedai atau kafe yang besar atau shopping complex.

2. Jika anda diganggu secara lisan atau fizikal ketika di tempat awam, maka beredarlah dengan segera. Jangan nak bergaduh, nak lawan balik, nak pertahankan diri dan sebagainya. Bila dengar sahaja ada kata-kata kesat kepada anda, maka beredarlah segera tak kira lah tengah buat apa pun. Pentingkan keselamatan diri anda terlebih dahulu.

3. Kalau diganggu ketika tengah beratur nak beli tiket keretapi pun anda beredarlah. Kalau tengah dalam keretapi, maka anda beredar ke gerabak lain jika boleh. Jika diekori atau jika keretapi padat dan anda tidak dapat bergerak maka turun segera di hentian seterusnya. Tunggu train lain dan naik balik untuk ke destinasi anda.

4. Kalau nak solat di tempat terbuka tetapi takut diganggu maka anda boleh bersolat di tempat tertutup. Paling mudah, masuk ke mana-mana shopping complex atau kedai fesyen, ambil baju sehelai dua dan masuklah ke dalam fitting room. Bukak apps tengok kiblat dan solatlah. Ambil wudhu siap-siap di tandas. Lepas tu pulangkan balik baju atau belilah sehelai. Masuk Primark lah kalau nak beli baju murah.

5. Akhir sekali, jaga adab dan tatsusila sebagai seorang Muslim. Jangan langgar peraturan, jangan buang sampah sesuka hati, jangan lintas jalan sesuka hati, jangan potong que sesuka hati. Ambil wudhu dalam toliet pun jaga adab, jangan sampai lencun. Tunjukkan sikap yang baik untuk membersihkan tanggapan terhadap kita sebagai seorang muslim.

Dah buat semua tu maka berdoa dan bertawakkallah.

Mudah-mudahan perjalanan anda selamat pergi dan balik.

p/s: Kalau anda ada tips lain, boleh kongsikan di ruangan komen.

Share

Blog  / Peoples  / Tips  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved