Tadi petang selepas pulang dari pesta buku, saya sempat membawa Khaleef keluar untuk menemani saya membeli barangan di kedai.
Di kedai, ketika lalu di tepi peti sejuk yang penuh dengan pelbagai jenis minuman tiba-tiba Khaleef bersuara.
“Daddy! Kipp ett!!!”
Saya terus memandang Khaleef dengan muka pelik.
“Mana?” tanya saya kepada si kecil berusia 2 tahun 3 bulan yang merenung sesuatu di dalam peti sejuk tersebut.
“Kip ett” sambil jarinya menunjukkan ke arah satu kotak minuman.
“Hahahaha” saya tergelak besar.
Khaleef sedang menunjukkan kotak minuman coklat berjenama Milo.
Apa yang dimaksudkannya adalah “Skip Ads”, di mana iklan Milo sering muncul di video kartun yang dia tengok di Youtube.
Jadi, asal nampak logo Milo sahaja, hanya satu perkataan yang terpancul dari mulutnya.
“Kip ett!!”
Itulah kata ajaib yang membolehkan beliau terus menonton kartun Thomas & Friends kegemarannya tanpa gangguan.
Hmmmm….anak-anak zaman sekarang.







Leave A Reply