• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Dua Khairul

30/04/2016

Korang kenal tak jejaka berdua ni?

Mereka berdua adalah bapa. Yang di sebelah kanan adalah bapa kepada seorang anak perempuan yang juga digelar Bapa Brownies Kebangsaan iaitu Tn. Khairul Hakimin Muhammad.

Tak kurang kacaknya juga di sebelah beliau adalah bapa kepada 2 orang budak lelaki yang masih kecil yang menggelarkan dirinya sebagai Bapa Komplen Kebangsaan iaitu diri saya sendiri.

Kami berdua menulis subjek yang sama namun cerita yang berbeza.

Beliau banyak bercerita tentang sikap serta kebaikan orang di Malaysia ini dan saya pula banyak komplen sahaja dan bercerita tentang mentaliti dan sikap buruk kebanyakan rakyat di negara ini.

Walaupun menulis perkara atau cerita yang berlawanan, namun kami tidaklah berlawan sesama sendiri. Kami geng baik, nama kami pun sama.

Tadi sewaktu sesi saya di pentas utama, ada hadirin dari Singapura bertanya kepada saya, tidakkah saya mahu menulis tentang perkara atau sikap yang baik-baik pula memandangkan buku saya Mentaliti Jamban penuh dengan cerita sikap buruk?

Jawapan saya kepada beliau mudah, sebabnya rakan saya Tn. Khairul Hakimin Muhammad telah pun menulis benda yang baik-baik semuanya. Biarlah beliau sahaja yang meneruskan penceritaan sebegitu.

Saya akan terus menulis perkara yang buruk-buruk tersebut kerana perlu ada juga penulis seperti saya yang mendedahkan yang buruk walaupun akan ada yang akan membenci saya.

Bagi saya, biarlah kita ada “check and balance” juga. Takkan kita nak dengar benda yang baik-baik sahaja lalu kita abaikan perkara buruk tanpa dibawa ke tengah untuk dibaca, dibincang dan sama-sama melakukan perubahan.

Saya harap para pembaca semua dapat terus menyokong usaha kami para penulis di dalam membawa perubahan ke dalam diri kita semua dan juga masyarakat serta negara.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 yanng sedang berlangusng sekarang ini di MAEPS adalah Hari Raya buat kami semua para penulis dan juga penerbit serta semuanya yang terlibat di dalam industri buku tanahair. Ia juga merupakan “hari raya” yang pertama buat saya sebagai seorang penulis. Alhamdulillah.

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Surah Al-Alaq Ayat 1-5

Bacalah dan teruskan menyokong kami.

KHAIRUL ABDULLAH
Baru bergelar penulis.

Share

Blog  / Books  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved