• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Layanan Doktor di Jerman

22/03/2016

Di Jerman, semua doktor akan memperkenalkan diri mereka terlebih dahulu sebelum memberikan rawatan kepada pesakit.

Kebanyakan doktor akan menjemput anda sendiri di ruang menunggu, berjabat salam, memperkenalkan nama dan memberitahu bahawa beliau adalah doktor yang bakal merawat anda, lalu anda pun diiringi berjalan ke bilik beliau, dibukakan pintu dan dijemput duduk. Setelah itu barulah proses rawatan atau konsultansi dimulakan.

Jika anda pertama kali datang ke klinik tersebut maka doktor akan mengiringi anda keluar ketika selesai rawatan. Kemudian dia juga akan menghantar anda ke pintu sebelum mengucapkan terima kasih dan selamat jalan.

Kali berikutnya doktor masih akan keluar sendiri dari bilik beliau dan menjemput anda masuk namun anda mungkin tidak diiringi lagi apabila ingin pulang. Namun ucapan terima kasih dan selamat jalan akan kedengaran dari para nurse.

Itu cuma secebis dari pengalaman saya.

Pengalaman anda pula bagaimana?

Entahlah, I dont know.

#teaserbuku
#mentalitijamban
#khairulabdullah

Share

Blog  / Experience  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved