• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Aniaya Alam Sekitar

13/03/2016

Hujung minggulah peluang untuk semua orang keluar bersiar-siar bersama keluarga atau rakan bujang mahupun bersama kekasih.

Paling best kalau dapat lepak tepi pantai, pekena jagung bakar, takpun jagung dalam cawan tu, atau lagi best dapat keropok lekor panas-panas takpun goreng pisang cheese memang terbaiklah.

Tapi bila tempat yang awak nak pergi tu macam gambar di atas. Jangankan jagung dalam cawan atau keropok lekor, ayam KFC pun jadi tak sedap. Sakit mata, sakit hati lagi adalah.

Abang sampai ke hari ini masih tak faham, masih tak dapat ‘digest’ kata orang putih kenapa sikap begini masih berleluasa di kalangan rakyat Malaysia.

Kalau abang sebut Melayu, nanti abang kena hentam, katanya abang rasis lah, benci kaum sendiri lah dan sebagainya. Kalau abang sebut bangsa lain pun, kena kecam jugak.

Kalau abang sebut nama tempat, nanti dibalasnya kat tempat lain pun sama. Lagi kotor pun ada dan sebagainya. Abang tetap kena kecam jugak.

Orang kita ni suka tuding jari, kita kata tempat dia kotor dia kata tempat orang lain lagi kotor. Kita kata orang dari tempat dia ni suka letak kereta atas laluan pejalan kaki dibalasnya tempat lain lagi teruk.

Kalau awak bandingkan dengan tempat lagi teruk memanglah awak terbaik. Abang taknak bandingkan dengan negara luar lah, nanti katanya abang asyik kutuk negara sendiri sahaja.

Hmmm..susahlah jadi abang yang kuat berleter ni.

Tengoklah gambar di atas.

Di mana yang tak kena?

Hampir keseluruhan pengunjung taman awam di persisir pantai tersebut atau 99.99 peratus adalah orang Melayu beragama Islam (Abang nak sebut juga nama orang Melayu).

Dimanakah sifat atau sikap pembersih yang dituntut oleh agama?

Lepas makan jer campak, lepas campak jer makan lagi. Lepas tu campak dan lagi dan lagi. Tak rasa bersalah kah? Tak rasa berdosakah?

Awak menganiaya tempat tersebut. Aniaya alam sekitar. Aniaya orang yang datang nak menikmati keindahan ciptaan tuhan dengan memburukkan kawasan tersebut dengan sampah anda.

Berdosa dik berdosa!!

Yang letak kereta atas laluan pejalan kaki ni pun satu hal. Dimanakah sikap toleransi atau bertimbang rasa atau ‘compassion’ yang dituntut oleh agama?

Awak sedap-sedap jer bawak kereta naik atas laluan pejalan kaki dan parking kat situ. Awak sedar tak? Atau awak tak peduli? Itu adalah laluan pejalan kaki. Tempat orang ramai berjalan kaki.

Hebat sangatkah kereta awak tu? Ke memang waktu ambik lesen dulu cikgu tak ajar? Atau sebab orang dah parking kat situ, awak pun ikutlah. Biasanya begitu. Asyik ikut orang jer.

Laluan tu tempat orang kurang upaya berkerusi roda boleh lalu di situ. Tempat orang yang bawak anak dengan stroller untuk makan angin macam awak juga berjalan di laluan tu.

Laluan itu hak pejalan kaki.Bila awak halang laluan orang, awak dah ambik hak orang dan aniaya orang dik. Tak baik macam tu.

Awak sihat walafiat bolehlah berjalan bergandingan tangan di atas pasir di tepi pantai. Orang kurang upaya tak boleh ke situ. Baby dalam stroller tak boleh ke situ. Jadi itulah satu-satunya laluan untuk mereka.

Tidak ada sekelumit perasaan timbang rasa dan fikir keperluan dan kesusahan orang lain kah?. Berdosa tak kita aniaya orang??

Takkan nak tunggu Tuhan tarik balik nikmat kita memandu dan berjalan dan duduk atas kerusi roda? Ketika itu baru kita tahu betapa susahnya dan betapa sedihnya perasaan orang lain yang awak pernah aniaya dulu.

#mentalitijamban

Abang menyeru diri abang sendiri dan semua pembaca. Jom kita semua kembali renung diri kita. Dalam sehari berapa kali kita aniaya orang lain?

Berapa kali kita buang sampah sesuka hati? Berapa kali kita masuk tandas dan mengotorkannya? Berapa kali kita parking di tempat yang tidak sepatutnya? Berapa kali kita potong que ketika memandu? Berapa kali kita hampir menyebabkan kemalangan sebab tidak beri signal?

Semoga kita semua sama-sama berubah dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.

Insaf dak bila baca tulisan abang ni?

Entahlah…abang dont know!

Nota: Gambar di ambil pada hari Ahad, semalam. Siapa tahu kat mana tu??

Share

Blog  / Complaints  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved