Tulisan saya mengenai adab makan di Ikea yang viral beberapa hari lepas merupakan tulisan saya yang paling ramai dibaca. Kalau ikut statistik FB, tulisan tersebut telah sampai kepada 1.7 juta orang, dikongsi oleh hampir 13 ribu orang, dapat 23 ribu like, dan ribuan komen yang tidak dapat saya balas.
Sejarah untuk diri saya seorang penulis yang bukan siapa-siapa dan yang “acah-acah bagus” kata sesetengah tukang komen.
Tak mengapalah. Matlamat saya bagi memberi kesedaran kepada rakan-rakan pembaca sudah sampai. Kalau seorang dua yang berubah menjadi lebih baik pun sudah cukup baik buat saya.
Namun saya suka menjelaskan kepada “tukang komen” yang tidak suka akan tulisan saya bahawasanya saya hormati pandangan anda. Tulislah apa sahaja yang anda suka, kecuali perkataan lucah dan carutan (jika ada terpaksa saya padamkan). Anda bebas bersuara.
Niat saya tidak sama sekali berniat memperkecilkan atau melekehkan negara dan bangsa saya atau bangsa lain di negara yang majmuk ini.
Saya cuma mahu kita jadi orang yang lebih bertimbangrasa dan saling bantu-membantu, sesuai dengan nama negara kita yang dikenali oleh dunia luar sebagai sebuah negara yang dihuni oleh majoriti rakyat yang beragama Islam.
Sekian, terima kasih.
Saya agak sentimental malam ini.







Leave A Reply