Pagi tadi abang memandu ke KL di lebuhraya NKVE. Tak lah laju cuma 100km sejam sahaja. Abang di lorong tengah memotong sebuah kereta yang dipandu oleh seorang kanak-kanak berusia sekitar 2 tahun yang duduk di atas riba ayahnya dengan kelajuan sekitar 90km sejam rasanya.
Abang melopong.
Kedua-dua tangannya erat menggenggam stereng kereta dan mungkin ayahnya membantu menekan pedal minyak. Gamaknya itulah cara seorang ayah untuk menunjukkan kasih sayang kepada anaknya.
Hmmmm….
Abang pun berleter pok pek pok pek seorang diri.
Seterusnya abang berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen. Sedang hendak berjalan menuju ke kaunter pembayaran, sebuah kereta pula berhenti dan sedang berkira untuk masuk parkir di depan pintu yang bertanda “no parking” dengan garisan kuning bersama kon yang diletakkan bagi menghalang kenderaan parkir di situ.
Seorang wanita berusia sekitar 30an keluar dari kereta dan dengan selambanya mengalihkan kon tersebut dan parkir disitu tanpa rasa bersalah.
Abang melopong lagi.
Abang dan orang lain pun terpaksa berjalan mengiring di antara kereta tersebut untuk masuk ke dalam stesen. Nak pergi depan kaunter pulak motor dah parking sebaris kat situ, memang dah tak boleh lalu. Satu-satunya laluan untuk masuk ke stesen pulak di parkir oleh wanita tersebut.
Hmmmmm….
Abang menyirap dan berleter pok pek pok pek lagi seorang diri.
Entahlah….







Leave A Reply