• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Managing A Household Is A Pure Struggle

19/12/2019

Pasal semalam, sebenarnya bukanlah rumah yang berselerak ini menjadi isu utama aku.

Sebelum ni lebih berselerak, aku boleh selesaikan.  Cuma kali ini aku terlalu penat.  Aku belum berehat sejak berkampung di hospital.  Semenjak 3 minggu lepas aku tekan diri aku cukup-cukup.

Aku burnt out.

Nak jugak bagitau korang yang sebelum ni aku ada cuba ambil maid yang bayar ikut jam untuk bantu aku kemas rumah.  Kau tau apa jadi?  Aku lagi stress, aku siap nak menangis oih bila tengok diorang pegang-pegang dan susun barang-barang aku.

Lepas diorang balik, aku kemas balik, aku lap balik, aku mop balik.  Hahaha.

Jantung aku berdebar tiap kali orang asing sentuh barang-barang aku, aku rasa mual, loya.  Aku perhati setiap pergerakan orang dalam rumah aku, aku tengok dia sentuh di mana, aku tengok dia lap bersih ke tidak.

Nak keluar rumah dan tinggalkan orang untuk kemas.  No way.  Aku akan gugup, tak senang duduk, berdebar, mual, loya dan muntah.

Yer yer, aku gitulah.

Bukan aku perfect, bukan rumah aku licin berkilat pun kalau aku buat sendiri tetapi aku puas hati.  Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh sentuh barang-barang aku.  Hanya arwah isteri aku sahaja yang faham aku, nak mengemas cara aku dan bagaimana nak sentuh barang-barang aku.

Weird?

Entahlah.

Sejenis penyakit?

Mungkin juga.

Aku sangat benci orang masuk dalam space aku.

Sebab tu aku jenis bersendiri.  Aku tak ramai kawan, aku kurang bersosial.  Aku kalau pergi majlis, aku duduk sorang-sorang.  Pernah aku dapat ke jemputan ke majlis, aku pergi juga sebab hormat orang menjemput.  Dan aku tak bercakap sepatah dan tak bertegur dengan sesiapa pun selama beberapa jam dan terus balik.

Dalam group Whatsapp aku tak pernah bersembang.  Hanya menjawab bila ditanya. Aku tak pandai memula bicara, aku tak pandai bersosial.  Ramai orang kata aku sombong.  Aku introvert.

Aku jaga space dan barang aku.  Nak basuh kereta kat kedai pun aku asingkan semua barang-barang aku, masuk dalam boot dan aku pesan Bangla tu jangan bukak boot.  Aku perhati setiap tempat yang dia cuci.  Yang tak kena, aku tegur sekali dua.  Kalau tak kena juga nanti aku berhenti bawah pokok aku lap sendiri.

Begitulah aku.

Sekarang kerja aku menimbun.  Aku venture dalam bisnes baru, yang tak pernah aku buat, tak ada ilmu dan pengalaman.  Jadi aku tertekan bila aku gagal siapkan kerja-kerja yang sepatutnya.  Ia penyumbang utama kekecewaan aku.

Tapi, demi kelangsungan hidup aku kena cuba.  Aku kena.

Aku yakin, macam biasa, the storm will surely pass.

InshaAllah aku bangun pagi ni macam biasa.  Siapkan anak ke tadika dan aku nak ke pejabat.  InshaAllah aku siapkn semua kerja sebelum weekend ni.

Weekend ni aku nak bersenang-senang mengemas rumah sambil dengar lagu kuat-kuat.

Siapa nak tolong jaga budak 3 orang ni dialu-alukan.

Pesanan:

Gais, managing a household is a pure struggle.

Bagi yang ada pasangan, mohon saling bantu-membantu.  Demi Allah, ianya sangat perit jika semuanya harus dibuat seorang diri.  Bantulah, bantulah jangan sampai pasangan anda burnt out dan kecewa.

Begitulah.

Aku nak ucapkan terima kasih semua.  Tak terbalas semua komen, pm dan Whatsapp korang.

Ramai sungguh orang yang baik-baik Allah hantar bagi semangat kat aku.  Terima kasih semua atas sokongan, kata semangat, doa, tips, cadangan dan sebagainya.

Terima kasih.

#Daddy

Share

Blog  / Experience

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved