Musim-musim hujan macam ni abang cuma nak pesan satu jer pada semua yang memandu. Nyalakan lampu kenderaan anda. Kalaupun hujan tu waktu pagi ke, tengahari ke atau petang ke, nyalakan lampu kerana ia akan memberitahu kepada pemandu lain akan kewujudan kenderaan anda.
Lampu dipasang bukanlah untuk membantu anda nampak jalan di hadapan ketika siang kerana anda boleh nampak dengan jelas. Namun ianya ialah untuk memudahkan kenderaan anda dilihat oleh pemandu lain terutamanya oleh pemandu kenderaan berat seperti lori-lori yang besar.
Bila hujan ni, pandangan dan jarak penglihatan semua pemandu terjejas. Kalau tak hujan, kita jeling jer kat cermin sisi atau cermin pandang belakang dan kita nampak jelas kenderaan di belakang, kiri atau kanan kita. Tapi bila hujan mungkin kita kena jeling 2-3 kali baru perasan ada kenderaan lain di belakang kita. Tapi kalau kenderaan yang nyalakan lampu, sekali jeling kita dah nampak.
Selain tu, janganlah pulak memandai-mandai pasang atau nyalakan lampu kecemasan atau hazard light pulak ketika hujan lebat. Kadang-kadang awak tengok orang pasang awak pun pasang.
Lampu kecemasan atau hazard light hanyalah dinyalakan ketika kenderaan awak berhenti sepenuhnya samada di tengah jalan atau di bahu jalan. Jadi bila nampak lampu kecemasan tu orang tahu yg kenderaan awak berhenti. Pemandu lain dari jauh dah boleh plan nak mengelak.
Bagi rombongan kereta dari kelab kereta Cik Kiah yang pasang lampu kecemasan secara berjemaah ketika memberitahu kepada dunia “tepi-tepi kami nak lalu ni” tu biarkanlah. Ditegurnya nanti mengamuk pulak kelab tu.
Lepas tu, lampu signal silalah gunakan yer. Lampu tu sangat penting bila hujan ni. Memandangkan jarak penglihatan yang terhad maka kita tidak mudah untuk mengagak dan melihat simpang dan sebagainya.
Jadi, ingat yer adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua, nyalakan lampu kenderaan anda, beri signal ketika hujan. Jangan takut, lampu tu tak akan makan atau menghabiskan minyak petrol anda ataupun bateri kereta anda. Suis lampu tu pun tak akan mencederakan jari anda juga.
Selamat memandu.







Leave A Reply