Abang nak survey sikit lah kat korang semua. Kalau pergi klinik atau hospital kat mana-mana yang memerlukan korang buat temujanji atau appointment, adakah temujanji tersebut tepat pada masanya?
Contohnyalah kan, anda ada temujanji untuk berjumpa doktor di sebuah hospital swasta atau kerajaan pada jam 10.00 pagi. Adakah anda akan dilayan atau dapat berjumpa doktor pada jam 10 pagi? Kalau ya, boleh bagitau hospital atau klinik mana? Kalau tidak pula, pukul berapa yang anda baru dapat berjumpa dan kenapa?
Kenapa abang tanya?
Abang tanya sebab abang tak tahulah. Abang jarang pegi hospital atau klinik ni, itu sebab abang nak buat survey.
Dulu-dulu kalau ke klinik atau hospital walaupun ada appointment abang tetap kena tunggu sekitar 1-2 jam selepas masa temujanji barulah dapat berjumpa doktor. Kalau temujanji pukul 9.00 maka akan dapat jumpa doktor paling cepat pukul 10.00 tapi biasanya pukul 11.00.
Kalau kat Jerman, temujanji pukul 10.00 pagi maka pukul 10.00 lah jumpa doktor atau kalau lewat sikit dalam 10.15 macam tu jer. Tak pernah pulak sampai 2 jam. Kalau dah kena tunggu sejam dua, baik tak payah buat appointment kan? Kalau terus jer terjah ke klinik tanpa appointment rasanya tak perlu tunggu lama macam tu.
Tapi untuk mendapat sesetengah perkhidmatan kesihatan seperti di klinik gigi, klinik wanita atau ibu mengandung, klinik kanak-kanak dan sebagainya, temujanji atau appointment perlu dibuat untuk “follow-up” dan sebagainya.
Jadi, adakah masa menunggu untuk temujanji masih lagi sama? Adakah sistem temujanji ni tidak berkesan? atau tidak dilaksanakan dengan betul? atau orang kita memang tak kisah pasal “punctuality” atau menepati masa ni?
Atau, memang sekarang sudah berubah, appointment memang tepat pada masanya?
ENTAHLAH…abang dont know
🙂
Korang know??







Leave A Reply