• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

SAMBUNGAN TEMUJANJI..Part 2

14/11/2015

Abang rasa lah kan, sudah tentu ada sebab kukuh kenapa sistem temujanji peribadi/personal appointment untuk mendapat rawatan dari doktor tidak dilaksanakan di Malaysia. Sebaliknya sistem temujanji secara berkumpulan atau temujanji siapa cepat sampai dia dapat dulu masih terus dilaksanakan.

Ada tak nurse-nurse atau doktor-doktor sendiri yang boleh share?

Kalau mengikut firasat abang, sikap semua orang yang terlibat di dalam perkhidmatan kesihatan itu sendiri berkemungkinan besar menyebabkan sistem temujanji dengan masa yang tepat tidak dilaksanakan.

Dengan mengambil kira sikap pesakit dan juga doktor yang masih ramai yang sukar menepati masa maka, jika dilaksanakan maka akan kacau bilau pengurusan sistem temujanji di klinik atau hospital.

Mana taknya, appointment pukul 9 pagi datang pukul 9.30 atau 10.00, jem katanya, lepas tu bila doktor terima pesakit lain maka dia kena tunggu lama. Lepas tu mengamuk pula kat nurse dan doktor.

Doktor pun sama, appointment dengan pesakit pukul 9 dia datang pukul 10, habis semua appoinment kena anjak sejam lewat. Nurse jugak yang kena marah dengan pesakit.

Itu cuma firasat abang lah.

Kalau di Jerman, abang akan call klinik atau hospital kalau mungkin terlewat dan sebagainya dan bagitau kembali pukul berapa boleh datang atau akan sampai. Jadi pihak klinik/hospital boleh reschedule atau menjadualkan semula temujanji tersebut.

Ada sekali tu abang ada temujanji untuk buat minor surgeri untuk cabut gigi geraham bongsu abang. Apabila 3 hari sebelum temujanji tu abang kecut perut dan abang rasa sayang pula nak cabut, jadi abang email klinik mintak reschedule. Bila diorang tanya bila? abang cakap nantilah abang bagitau, tetapi sebenarnya abang memang tak mau cabut. Hihihi. Tapi ok lah at least slot abang tu dapat diberi kat orang lain.

Agak-agak boleh ke semua pesakit yang terlewat atau nak batal temujanji akan telefon dan maklumkan kepada klinik atau hospital? Atau bolehkah semua klinik atau hospital menelefon semua pesakit dan menjadual semula temujanji sekiranya ada doktor yang terlambat dan sebagainya?

Jika semua orang boleh, maka adakah pihak klinik atau hospital sanggup untuk menukar sistem sedia ada kepada sistem temujanji yang sebenar-benarnya masih menjadi persoalan.

Jadinya, kalau firasat abang tu betul maka kita semua kena bertabahlah. Sistem temujanji yang ada sekarang akan terus dilaksanakan sehinggalah semua rakyat Malaysia sudah berjaya menepati masa atau PUNCTUAL! Tak kiralah awak doktor, nurse ataupun pesakit. Semua orang kena “punctual”.

Agak-agak, boleh pakai tak firasat abang tu?

Entahlah..abang dont know.

Tapi kalau salah, jangan kecam atau bash abang yer. Abang mohon maaf dan “sorry in advance”. Abang cuma nak kita fikir-fikirkan dan ubah kepada yang lebih baik. InshaAllah.

Share

Blog  / Complaints  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved