• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

KERJA JURURAWAT DI GERMANY

13/10/2015

Sehari dua ni saya kerap sangat dapat email dan mesej bertanya tentang perihal nak jadi jururawat di Jerman. Mungkin sekarang ni musim pengambilan jururawat kot. Atau mungkin ada program khas pertukaran nurse atau sebagainya yang saya tidak tahu.

Ramai yang bertanya mengatakan menerima tawaran untuk bekerja di Jerman sebagai jururawat dan pelbagai soalan diajukan kepada saya.

Ada si suami bertanya soalan bagi menghilangkan keraguan dan gundah-gulana kerana si isteri teruja menerima tawaran untuk ke luar negara.

Ada si isteri pula bertanya bagaimana nak angkut suami sekali kerana gundah-gulana nak tinggalkan suami seorang diri takut apa-apa terjadi.

Ada si bujang atau anak dara pula bertanya tentang kemungkinan untuk dapat berkahwin dengan mat salleh.

Ada yang bertudung pula risau takut tidak diterima atau menerima layanan buruk dari orang Jerman.

Terkedu jugak saya nak jawab soalan-soalan yang lebih berbentuk peribadi. Saya bukan pakar terapi rumahtangga dan tiada lesen untuk nasihat adik-adik tentang hal rumahtangga.

Namun soalan yang terakhir mengenai tudung tu saya suka nak jawab, berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang terhad.

Mengikut pengalaman, pengamatan dan pengetahuan saya – orang yang bertudung boleh bekerja di mana-mana sahaja. Saya sentiasa nampak orang bertudung bekerja di supermarket, di butik-butik pakaian, di pejabat swasta, di pejabat kerajaan dan sebagainya.

NAMUN – saya belum pernah tengok atau nampak nurse bertudung di Jerman terutama di klinik atau hospital yang pernah saya pergi. Mungkin ada di tempat atau hospital lain di negeri atau daerah lain yang saya tidak tahu.

Ini kerana undang-undang mengenai bertudung di setiap negeri adalah berbeza. Ada negeri yang membenarkan dan ada negeri yang tidak. Memandangkan saya tidak pernah masuk ke semua hospital di setiap negeri maka saya tidak tahu.

Namun saya merasakan memang ada nurse yang bertudung di hospital lain di seluruh Jerman.

Saya hanya pernah melihat seorang nurse hanya mengenakan tudung setelah tamat kerja dan ketika hendak keluar daripada sebuah klinik.

Pada tahun 2010, seorang nurse di Bochum, telah membawa kes ke mahkamah kerana tidak dibenarkan memakai tudung ketika bekerja. Kes telah berpindah dari mahkamah ke mahkamah dan saya tidak tahu kesudahan ceritanya.

Cerita lain,

Pada tahun 2012, mahkamah mengarahkan seorang guru agar tidak bertudung ketika mengajar di sebuah sekolah.

Pada tahun 2003, mahkamah membenarkan seorang pekerja supermarket untuk terus bertudung ketika bekerja.

ENTAHLAH…I Really Dont Know.

p/s: Kepada kakak atau abang atau adik yang pernah atau masih tinggal di Jerman dan ada pengalaman mengenai perkara ini jom kongsikan pengalaman anda untuk pengetahuan bakal-bakal nurse kita yang akan ke Jerman nanti.

Share

Blog  / Experience  / Peoples  / Places  / Travels  / Workstuff

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved