Abang meroyan lagi hari ni. Baru jer semalam abang tulis pasal baca, ada lagi adik-adik yang mesej dan hantar email kat abang macam orang tak sekolah. Abang dah fed up la macam ni.
Namun sebab abang ni seorang yang pengasih dan penyayang maka abang gagahkan diri menjawab juga.
Bila abang dah jawab adik buat bodo pulak. Ada adik sorang tu, bukan main cakap dah pernah email abang tapi abang tak balas. Abang pun susah hatilah sebab takut kena belanja Nasi Kandar Zainul, tetapi bila semak memang abang tak dapat pun email adik. Memandangkan soalan adik tu macam penting antara hidup dan mati, maka abang pun korbankan masa 30 minit mengarang ayat bagi menjawab soalan adik.
Puas hati abang sebab dapat tolong adik. Namun dah masuk 2 bulan, sepatah haram pun adik tak balas email abang. Mungkin adik takut abang hantar invoice consultation fees kot. Abang cuma mampu merenung ke luar jendela dan mendoakan agar pintu hati adik terbuka untuk membalas email abang.
Bukannya apa dik,
Bila abang dah jawab tu, sekurang-kurangnya adik acknowledge lah maklumat yg adik terima tu, katalah saya dah dapat ke, atau saya dah faham ke, kot yer pun kalau tak nak cakap terima kasih.
Jadi abang tau adik dah terima balasan dari abang. Abang berbulu dik, bila adik tanya soalan adik taip 21 patah perkatan sahaja dan abang punya lah gigih balas dengan 12 paragraph di mana setiap para atau perenggan ada 5 baris, setiap baris ada 10 perkataan maknanya abang taip 600 patah perkataan…adik nak balas balik dengan cakap 2 perkataan pun tak boleh?
Bukan terima kasih yang abang inginkan tetapi abang cuma nak tahu maklumat sebanyak 600 patah perkataan tu adik terima, itu sahaja. Jadi abang rasa berbaloi sebab tulis panjang berjela.
Ini tidak, adik buat derkkk jer dengan abang.
Hmmm…ENTAHLAH…malang sungguh nasib abang. Takpelah abang pasrah, mungkin ujian Tuhan kepada abang.
Untuk adik-adik semua, abang berleter bukan kerana benci tapi sebab abang sayang dan abang nak adik-adik abang jadi orang yang baik-baik dan bagus adab dan budi pekertinya. Abang tau yang ada di antara adik yang akan cakap abang poyo. Takpelah dik, abang memang poyo pun, dan hensem juga ![]()
p/s: Kepada abang dan kakak-kakak, maaflah yer sebab kena dengar bebelan saya!







Leave A Reply