• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Satu-Satunya Kegunaan Penting Lampu Signal Yang Tidak Anda Ketahui

23/09/2015

Semua kita mengetahui dan menyedari yang lampu signal kereta atau motor kita itu tidak perlu digunakan di Malaysia. Kita boleh menukar lorong, membelok, memotong, mencantas dan juga membuat u-turn tanpa perlu menggunakannya sebab kita semua ada deria ke-6.

Namun adakah anda tahu kegunaan lain lampu signal tersebut?

Selain dari dicipta untuk memberi isyarat kepada pemandu lain tentang keinginan anda untuk melakukan sesuatu seperti membelok atau menukar laluan dan sebagainya (yang tidak digunapakai di Malaysia), ianya juga meter penunjuk atau kayu pengukur adab, tatasusila dan budi pekerti kita.

Biar saya ceritakan secara analogi. Begini,

Anda sedang bersembang dengan rakan-rakan anda di sebuah tangga dan kemudian ada seorang mamat hendak naik ke tingkat atas melalui tangga tersebut lalu beliau terus sahaja membelah di tengah kumpulan anda lalu terus naik. Anda semua jeling saja kat mamat tu.

Kemudian ada pulak mamat lain nak naik ke atas juga dan apabila sampai di tangga dia cakap “Bang, tumpang lalu yer” lalu dia pun menundukkan sedikit kepala beliau sambil menghulur tangan ke bawah lalu membelah di tengah kumpulan kita yang tengah bersembang tadi dan terus naik ke atas. Kita dah tak jeling kat mamat yang kedua tadi, senyum lagi ada.

Begitu juga ketika kita sedang duduk bersembang di hari Raya Korban bersama rakan sekampung di rumah beliau. Ketika itu anak rakan tadi hendak lalu di belakang kita (kawasan agak sempit) dan kita nampak dan tahu yang beliau akan lalu maka kita pun memberi ruang dan anak tadi terus berlalu begitu saja. Kita jeling.

Kemudian ada anak lain pula yang turut nak lalu, kita pun beri ruang namun kali ini anak tu cakap “Pakcik, tumpang lalu ikut belakang yer” sambil membongkokkan diri dan menurunkan tangan lalu perlahan berlalu di belakang kita. Kita senyum.

Begitu juga memberi lampu singnal. Tak payah bagi signal pun kita tahu apabila kereta di lorong kiri nak masuk simpang dia akan rapat ke kiri. Namun apabila dia bagi signal, kita rasa lega. Kita rasa confirm yg orang tu memang nak masuk kiri. Walaupun dia nak potong que kita tetapi bila dia bagi signal ditambah pula dengan angkat tangan dengan senyuman, kita tak jadi nak marah.

Memberi signal atau isyarat ketika memandu adalah “act of courtesy” yang menunjukkan adab dan budi bahasa anda.

Memandangkan lampu signal tak perlu digunapakai di Malaysia ini sebab kita semua memiliki deria ke-6, maka marilah kita tukar kegunaan signal tadi sebagai alat untuk menunjukkan adab atau nilai sopan santun yang ada dalam diri kita semua.

Jom kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik untuk kebaikan kita semua. Jom kita mulakan kempen #bagisignal

Kepada yang ingin memandu pulang ke kampung halaman. Pandu hati-hati dan #bagisignal

Selamat Hari raya Aidiladha saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Share

Blog  / Complaints  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved