• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Trdelník

08/09/2015

Trdelník (sebutan Rrdellneek) ialah sejenis kuih atau pastri manis yang disaluti gula, serbuk kayu manis dan juga kacang walnut. Pastri yang banyak dijual di jalanan ini berasal dari Slovakia namun turut popular di Czech Republic. Jika anda berpeluang ke Prague maupun Brastilava, maka cubalah.

Ianya diperbuat daripada tepung gandum, mentega, gula, yis dan juga susu segar yang diuli sehingga menjadi doh. Dohnya digulung di atas besi yang boleh berpusing kemudian disapu sedikit telur dan ditabur dengan gula, walnut dan sedikit serbuk kayu manis seterusnya dipanggang sambil dipusing-pusing sehingga keperangan. Dah masak ia akan ditabur dengan gula halus atau ada juga yang disaluti coklat.

Jadi jika anda suka sesuatu yang manis maka cubalah. Harganya adalah sekitar 40-60 Czech Koruna iaitu sekitar RM7-RM10 setiap satu di kawasan tumpuan pelancong.

Jangan pula ada yang tanya saya halal atau tidak.

Resepi:

Untuk Doh

900gm tepung gandum
150gm unsalted butter
1/2 cawang gula icing
5 telur kuning
25gm yis segar
1/2 cawan susu segar (mungkin kurang atau lebih)

Untuk Frosting

1 cawan walnut ditumbuk halus
1/2 cawan gula
1 biji telur

Cara Penyediaan:

Satukan/ayakkan tepung dengan gula ke dalam mangkuk besar dan buat lubang atau bulatan di tengah adunan dan masukkan yis segar yang dihancurkan dengan tangan dan tambah air suam sedikit dan biarkan selama 10 minit.Sementara itu cairkan mentega.

Kemudian dah 10 minit, masukkan telur kuning dan mentega cair tadi ke dalam adunan dan secubit garam kemudian gaulkan. Guna mesin untuk lebih mudah.

Kemudian bahagikan doh tadi kepada bebola kecil, seterusnya bentukkan dengan tangan atau di atas meja dengan menggulung doh tadi menjadi seperti ular kecil bersaiz jari.

Lilitkan ular kecil tadi di atas kayu atau besi bulat. Boleh guna kayu roller doh tu. Kemudian sapukan telur dan taburkan gula dan walnut di sekelilingnya. Kemudian letakkan atas bara api yang sederhana. Macam bbq. Selalu pusing2 kan roller tadi biar masak sekata biasanya ambil masa sekitar 20-40 minit utk masak.

Dah masak biarkan sejuk sedikit dan keluarkan dari roller tadi. Boleh potong mengikut saiz kesukaan dan boleh ditabur gula lagi atau letak Nutella dan sebagainya.

Share

Cooks  / Foods  / Recipes  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved