• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

KENAPA DERA KUCING SAMPAI MACAM TU??

09/08/2015

Sudah 2 hari 2 malam saya mencari seekor kucing yang cedera ditusuk atau ditikam kayu di bahagian kakinya. Masih belum ketemu.

Ketika membawa anak saya Khaleef bermain di taman saya melihat seorang anak kecil sedang memberi makan kepada sekumpulan 4 ekor kucing. Khaleef dengan pantas berlari-lari anak ke arah kucing tersebut dan saya mengekori dari belakang.

Setibanya di situ, saya terpandang salah seekor kucing yang agak murung dengan ada benda pelik di bahagian kakinya. Saya menghampiri dan mendekati dan terkejut saya melihat tapak kaki kucing tersebut ditusuk atau ditikam dengan kayu tajam dan bukannya tertusuk sendiri kerana mana mungkin seekor kucing boleh tertusuk sebatang kayu tajam sebesar jari telunjuk orang dewasa sepanjang lebih dari 3 inci.

Saya pasti kaki kucing tersebut ditikam atau ditusuk dengan kayu panjang berkemungkinan kayu penyapu atau kayu mop yang ditajamkan hujungnya. Apabila ditusuk maka hujung yang tajam tadi patah dan tinggal melekat di kaki kucing tersebut.

Saya cuba memegang kucing tersebut dengan harapan agar dapat membawanya ke klinik namun gagal. Kucing tersebut meronta dan melarikan diri. Dari pengamatan singkat tersebut, saya percaya yang kejadian tersebut sudah berlaku beberapa hari di mana kawasan luka di kaki kucing tersebut sudah kering dan tidak berdarah. Namun saya pasti ia akan terkena jangkitan yang akan menyebabkan kucing tersebut kehilangan kaki atau juga nyawanya.

Akibat sudah hampir Maghrib maka saya putuskan untuk mencari lagi di sebelah malam nanti. Selepas Isyak, berbekalkan lampu suluh telefon bimbit saya maka saya berkeliaran mencarinya. Namun gagal.

Esok harinya saya sambung cari dan gagal. Hari ini di sebelah pagi, petang dan juga malam saya masih cuba cari, namun tetap tidak berjumpa.

Saya pasrah.

Namun saya positif, mungkin ada insan lain yang sudah berjumpa kucing tersebut dan membawanya ke klinik.

Tetapi saya takut jika sehari dua atau seminggu dua nanti saya terhidu bau busuk di mana-mana kawasan perumahan saya ini.

Nauzubillahiminzalik!

Mungkin esok saya akan cari pulak siapa yang bertanggungjawab di atas kejadian ini. Saya sudah nampak calon-calon suspek yang berkeliaran di taman permainan. Melihat cara mereka mengejar, menangkap dan menghempas kucing-kucing yang berkeliaran di sekitar taman, mereka adalah suspek utama saya.

Kalau ada sesiapa jumpa Detective Conan minta dia hubungi saya untuk saya berikan kes ini kepadanya. Nak ke detektif tu ambil kes ini?

Entahlah..I Dont Know.

KHAIRUL ABDULLAH
Bapak Kucing 🙂

p/s: Saya tidak sempat ambil gambar kucing tu, jadi terpaksa guna lukisan untuk memberi gambaran yang jelas kepada semua. Harap maaf.

Share

Blog  / Complaints  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved