• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Frankfurt’s Christmas Market

24/12/2014

Frankfurt Weihnachtsmarkt (Frankfurt’s Christmas Market) adalah antara bazaar krismas yang terbesar di Germany. Bermula pada tahun 1393, ia menerima kunjungan pelawat sekitar 3 juta orang pada setiap tahun.

Germknödels – Steam dough sweet dumplings.

Seperti juga bazaar ramadan di Malaysia, Bazaar Krismas ini berlangsung selama sebulan bermula pada sekitar 26 November dan berakhir pada 23 Disember setiap tahun. Antara barangan yang dijual adalah makanan dan minuman, cenderahati, manisan, kraftangan, pakaian musim sejuk dan macam-macam lagi seperti juga di Bazaar Ramadan.

Glühwein and cookies.

Kürtőskalács or Chimney Cakes.

Deep fried shrimps.

Lebküchen – Gingerbread in heartshape.

Di buka seawal jam 10 pagi dan ditutup pada jam 9 malam – ramai pelawat berkunjung ke sini untuk melihat kemeriahan sambutan krismas dengan kilauan lampu pelbagai warna di samping untuk menikmati juadah tempatan.

Pengunjung kebiasaanya akan bersosial bersama rakan dan keluarga sambil menikmati Glühwein (Wain panas berempah) atau coklat panas dan juga Kinderpunsch (Children’s Punch) iaitu minuman buahan untuk kanak-kanak.

Christmas Market di Frankfurt.  Bazaar Krismas di Römer square. Gambar diambil dari atas Alte Nikolaikirche (Old Nicholas Church) Römerberg.

Bazaar Krismas ini akan mula sesak sekitar jam 4 petang sehinggalah ditutup. Amat sukar untuk berjalan di celah-celah puluhan ribu manusia terutama pada hari sabtu. Tahun ini saya hanya sekali sahaja ke bazaar ini itupun sekitar jam 3 petang ketika masih lengang.

Pagi tadi bazaar ini telahpun ditutup. Frankfurt sudah lengang apabila penduduknya mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. 25 Disember nanti, bandar ini akan sunyi seperti Kuala Lumpur di pagi hari raya.

Share

Blog  / Cultural  / Experience  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved