Esok kami semua dah mula berpuasa. Seperti biasa kami di Eropah ini berpuasa lebih panjang kerana bulan puasa jatuh pada musim panas. Umum mengetahui pada musim panas, siang hari adalah lebih panjang. Fajar bermula jam 3 pagi dan pukul 4.30pagi tu dah cerah dan malam pula menghampiri jam 10malam.
Sudah 4 tahun saya berpuasa di sini di mana bersahur pada jam 3 pagi dan berbuka pada jam 9.40 malam iaitu hampir 19 jam setengah waktu berpuasa. Alah bisa tegal biasa – sebab dah biasa jadi tak menjadi hal, cumanya di musim panas ni kena berjalan tunduk sentiasa sebab banyak dugaan dan pendedahan di jalanan.
Oleh itu, di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Kareem dan Selamat Berpuasa kepada semua.
Blog
/
Experience
/
Places







Leave A Reply